Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Setiap sumbangan, walaupun kecil, mampu membawa perubahan besar apabila dilakukan secara konsisten. Melalui Infaq Auto, anda boleh menjadikan amalan memberi sebagai sebahagian daripada rutin harian dengan sumbangan bulanan secara automatik, mudah dan berterusan.
Sumbangan bulanan membantu memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan kepada mereka yang memerlukan, sama ada dalam bentuk bantuan kecemasan, sokongan kehidupan, pendidikan, makanan, air bersih dan pelbagai usaha kemanusiaan yang lain.
Dengan komitmen kecil setiap bulan, anda bersama Islamic Relief Malaysia dapat menyokong lebih ramai keluarga dan komuniti yang memerlukan, serta menjadi sebahagian daripada perubahan yang berpanjangan.
Hanya serendah RM10 sebulan, anda dapat membantu para penerima manfaat Islamic Relief di dalam dan luar negara melalui kempen–kempen yang kami sediakan iaitu :
Anda juga boleh mendaftar melebihi satu kempen untuk potongan secara bulanan dengan hanya RM1 untuk setiap pendaftaran.
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit . Hadis Riwayat Muslim
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit .
Hadis Riwayat Muslim
Infaq Auto adalah sebuah projek untuk anda menyumbang secara autodebit melalui akaun bank anda dengan hanya serendah RM10 sebulan.
Setiap bulan, sumbangan akan dipotong secara automatik melalui akaun bank yang anda tetapkan dengan jumlah yang anda tentukan.
Islamic Relief Malaysia menyediakan perkhidmatan ini kepada penderma kerana ia selamat, cepat dan mudah. Tidak perlu ingat tarikh untuk membuat sumbangan, tidak perlu menulis cek, atau membayar pos untuk menghantar cek. Risiko pembayaran tertangguh dikurangkan kerana pembayaran anda diserahkan secara automatik pada tarikh yang ditetapkan.
Klik pautan Daftar Sekarang di bawah dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Penyumbang akan mendapat e-mel pendaftaran berjaya setelah proses pendaftaran selesai dilakukan.
Caj pendaftaran RM1 (sekali sahaja) dikenakan untuk setiap pendaftaran baru.
Boleh. Pendaftaran autodebit boleh dilakukan lebih daripada satu kali. Setiap pendaftaran akan dikenakan cas sebanyak RM1.
Potongan bulanan berlaku pada 2 – 5 haribulan atau 22 – 25 haribulan (bagi penyumbang yang gagal kali pertama dan penyumbang yang mendaftar selepas tarikh potongan pertama).
Penyumbang akan mendapat e-mel penghargaan setelah sumbangan berjaya pada setiap bulan.
Boleh. Penyumbang perlu menamatkan akaun terlebih dahulu kemudian membuat pendaftaran yang baru.
Klik link pendaftaran dan masukkan segala maklumat yang diminta (seperti maklumat sebelum ini). Pilih Manage My Account > Update Billing Info. Kemudiaan teruskan dengan pembayaran RM1 untuk mengemaskini info.
Klik link pendaftaran dan masukkan segala maklumat yang diminta (seperti maklumat sebelum ini). Klik Daftar Sekarang > Pilih Manage My Account > Statement of Account
Projek Infaq Auto ini menggunakan platform InfaqPay (Dikuasakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad). Segala transaksi & maklumat penderma adalah selamat. InfaqPay mempunyai sijil patuh syariah bagi memastikan aliran proses dan sistem pembayaran ini patuh kepada syariah.
Boleh. Klik link pendaftaran diatas. Kemudiaan isikan segala maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumat sama seperti sebelum ini. Pilih Manage My Account > Terminate Recurring Payment
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Donor Care Team di talian 019-630 9788 atau e-mel donorcare@islamic-relief.org.my
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.