Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Banjir besar yang melanda utara Nepal pada 26 Ogos 2026 telah memusnahkan rumah, infrastruktur dan mata pencarian ribuan keluarga.
Lebih tiga minggu selepas bencana, keadaan masih kritikal. Ramai keluarga kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung di pusat pemindahan atau bersama keluarga serta komuniti setempat.
Bantuan anda diperlukan untuk membantu keluarga yang terjejas mendapatkan tempat perlindungan, makanan, air bersih dan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.
Pada 26 Ogos 2026, banjir besar melanda kawasan utara Nepal, khususnya daerah Rasuwa dan Nuwakot.
Arus deras membawa air, lumpur, batu dan serpihan sehingga menghanyutkan rumah, jambatan, jalan raya serta kemudahan awam dalam masa yang singkat.
Ramai penduduk kehilangan rumah dan mata pencarian mereka. Infrastruktur yang rosak turut menyukarkan usaha menyampaikan bantuan kepada komuniti di kawasan terpencil.
Walaupun operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, ribuan keluarga kini berdepan dengan kehidupan yang tidak menentu. Lebih 2,000 orang masih berlindung di pusat pemindahan, manakala yang lain tinggal bersama keluarga, komuniti setempat atau di tempat perlindungan sementara.
Bagi keluarga yang kehilangan rumah, bantuan kecemasan bukan sekadar tempat berteduh.
Mereka memerlukan:
Dengan sebahagian keluarga masih tidak dapat kembali ke rumah mereka, keperluan bantuan dijangka berterusan dalam tempoh pemulihan.
Islamic Relief bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi di Nepal untuk membantu keluarga yang terjejas.
Bantuan kecemasan telah disalurkan kepada komuniti di Rasuwa dan Nuwakot, antara kawasan yang paling teruk terjejas.
Bantuan yang telah disalurkan termasuk:
Kit perlindungan kecemasan
Mengandungi barangan seperti kanvas tarpaulin, tali, selimut, bantal dan tilam foam bagi membantu keluarga mendapatkan tempat perlindungan sementara.
Bantuan makanan
Islamic Relief merancang untuk menyediakan pek makanan kepada 550 keluarga yang terjejas dalam fasa bantuan seterusnya.
Bantuan tempat perlindungan
Sebanyak 950 lagi kit perlindungan dirancang untuk disalurkan kepada keluarga yang memerlukan.
Islamic Relief juga sedang beralih daripada bantuan kecemasan kepada usaha pemulihan jangka lebih panjang, termasuk penyediaan tempat perlindungan sementara, pemulihan perkhidmatan air dan sanitasi serta membantu komuniti membina semula mata pencarian mereka.
Pragya Adhikari, kakitangan Islamic Relief di Nepal, menyaksikan sendiri keadaan komuniti yang terjejas.
“Tahap banjir dan trauma yang dialami masyarakat yang kehilangan ahli keluarga adalah sesuatu yang belum pernah mereka lalui sebelum ini.”
Di Nuwakot, bangunan sehingga tiga tingkat dilaporkan dipenuhi pasir dan serpihan, manakala paras banjir mencecah sehingga 8 atau 9 meter di sesetengah kawasan.
Bagi keluarga yang masih menunggu berita tentang insan tersayang, dan mereka yang kehilangan rumah serta sumber pendapatan, perjalanan untuk pulih masih panjang.
Krisis mungkin bermula dengan banjir, tetapi kesannya akan dirasai oleh keluarga yang terjejas untuk tempoh yang lebih lama.
Sumbangan anda boleh membantu menyediakan tempat perlindungan, makanan dan keperluan asas kepada keluarga yang sedang berusaha untuk membina semula kehidupan mereka.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.