LEMBAGA PEMEGANG AMANAH ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Datuk Nur Iskandar A Samad
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah

 

Datuk Nur Iskandar mempunyai pengalaman luas selama 41 tahun dalam industri minyak, gas dan petrokimia. Beliau juga menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kanan di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), iaitu syarikat minyak milik Malaysia sepenuhnya dan satu-satunya organisasi Malaysia yang tersenarai dalam 500 syarikat global di dalam majalah perniagaan Amerika iaitu Fortune.

Kemahiran utama beliau adalah dalam bidang pengurusan projek, operasi perniagaan dalam kemudahan pembuatan dan pembangunan kepimpinan.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari University of Leeds, United Kingdom. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Industri Universiti Sains Malaysia serta menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat Petronas sebelum ini.

 

Datuk Naimun Ashakli Mohammad
Ahli Lembaga Pemegang Amanah

 

Datuk Naimun menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia (PTD) pada 1 Disember 1981 selepas tamat pengajian dan berkhidmat di Kementerian Luar Negeri Malaysia sebagai diplomat selama 35 tahun.

Beliau pernah dihantar ke beberapa negara iaitu; New Zealand (1985-1987), Zimbabwe (1992-1994), Afrika Selatan (1994-1999) dan dilantik sebagai Duta Besar ke Bahrain (2003-2007), Duta Besar untuk Spain (2007-2010) 2013-2016) untuk berkhidmat.

 

Hjh. Nurhayati Hassan
Ahli Lembaga Pemegang Amanah

 

Nurhayati Hassan ialah seorang perunding bertauliah serta penasihat dan perancang kewangan berlesen. Sebelum ini, beliau ialah seorang perunding hal ehwal sumber manusia yang pakar dalam penilaian bakat korporat dan perancangan penggantian.

Beliau juga mempunyai latar belakang korporat dalam perbankan pelaburan termasuk penyelidikan dan analisis, kewangan korporat dan perancangan strategik.

Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan dari Universiti Golden Gate dan Ijazah dalam bidang Perakaunan dengan Pengkomputeran dari Universiti Kent. Beliau adalah ahli Persatuan Perancang Kewangan Malaysia dan Persatuan Jurulatih Bertauliah Malaysia.

 

Pn. Hafidah Aman Hashim
Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah

 

Puan Hafidah mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian dari University of Hull, United Kingdom dan telah mula berkhidmat dalam bidang perundangan di Malaysia sejak tahun 1995.

Beliau pernah berkhidmat di Tetuan Riza Leong & Partners dan kemudian ditawarkan berkhidmat dalam Badan Peguam Malaysia pada tahun 1995. Selepas itu, beliau telah berkhidmat di tiga firma guaman lain sebelum menjadi rakan kongsi di salah satu firma guaman terbesar di Malaysia iaitu Skrine dan bertugas di jabatan Perbankan Islam, Pelaburan dan Pasaran Modal.

Bidang kepakaran beliau ialah perbankan dan kewangan, pasaran modal, hartanah dan penasihat korporat. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Peguam Malaysia dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Awanbiru Technology Berhad.

 

Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Hj. Othman A. Karim
Ahli Lembaga Pemegang Amanah

 

Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Hj. Othman A. Karim mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam dan akademik, dengan lebih tiga dekad dalam penyelidikan, pentadbiran universiti, serta pembangunan kepimpinan.

Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tahun 2007.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan, termasuk Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Ketua Pegawai Maklumat (CIO), serta Pengarah Pusat Teknologi Maklumat di UKM. Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Senat UKM selama lebih 16 tahun.

Kemahiran utama beliau adalah dalam bidang kejuruteraan awam maritim, teknologi maklumat dalam pendidikan tinggi, serta pembangunan kepimpinan akademik dan pelajar.

Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Hj. Othman memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan Ijazah Sarjana Muda (BSCE, cum laude) dari University of Toledo, Ohio, Amerika Syarikat, serta Ijazah Sarjana (MSc (Eng)) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Kejuruteraan Awam Maritim dari University of Liverpool, United Kingdom.

Beliau menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia sejak 7 Januari 2025.

 

Puan Tursina Yaacob
Ahli Lembaga Pemegang Amanah

 

Puan Tursina mempunyai latar belakang akademik dalam ekonomi kewangan dan pentadbiran perniagaan, serta memiliki pensijilan profesional sebagai Chartered Financial Planner dan Islamic Financial Planner daripada Financial Planning Association of Malaysia (FPAM). Beliau turut memiliki Diploma Profesional Penterjemahan (PPM-DBP) daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.

Beliau kini menyumbang kepakaran dalam bidang kewangan, pelaburan dan pengurusan melalui penglibatan dalam pelbagai organisasi, termasuk sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif PHB Asset Management Berhad dan Aemulus Holdings Berhad. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Pelaburan Ficus SEA Sdn Bhd serta Wakil Penasihat Kewangan di CC Advisory Sdn Bhd.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam pengurusan, pelaburan dan penyelidikan, beliau pernah berkhidmat di Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan KFH Research Ltd.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG