Bantuan kecemasan seperti bekalan perubatan serta keperluan lain.
Bantuan kecemasan seperti air dan makanan kepada penduduk Palestin.
Bantu menyediakan bantuan kecemasan kepada penduduk Palestin.
Masukkan Jumlah

Bantu memberikan sokongan kemanusiaan yang lebih menyeluruh kepada penduduk Gaza.
Bantuan kecemasan seperti bekalan perubatan, makanan, air dan keperluan lain.
Bantu menyediakan bantuan kecemasan kepada keluarga di Palestin.
Masukkan Jumlah

Usah Biarkan Gaza Terus Berduka

Lebih dua tahun selepas konflik bermula pada Oktober 2023, penduduk Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang dahsyat akibat serangan berterusan, sekatan akses bantuan dan kemusnahan besar-besaran.

Lebih 73,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 173,000 lagi cedera, manakala ramai masih dilaporkan hilang atau dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah. Setiap angka mewakili sebuah keluarga yang kehilangan insan tersayang, rumah yang musnah dan kehidupan yang berubah selamanya.

Jutaan penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berpindah berulang kali untuk mencari perlindungan. Dengan kemudahan asas yang semakin terjejas, keluarga di Gaza terus bergelut untuk mendapatkan keperluan harian seperti makanan, air bersih, rawatan perubatan dan tempat perlindungan yang selamat.

Sekatan dan cabaran kemasukan bantuan telah memburukkan lagi keadaan kemanusiaan. Kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api serta kemusnahan sistem kesihatan dan sanitasi telah meningkatkan risiko kepada jutaan penduduk, termasuk kanak-kanak, warga emas dan golongan paling rentan.

Satu Pertiga Penduduk Palestin hidup di Bawah Paras Kemiskinan

Situasi di Palestin amat menyukarkan bagi ramai penduduk. Gaza sering digambarkan sebagai sebuah “penjara terbuka”. Keadaan di Gaza sudah berada pada tahap yang kritikal sebelum peningkatan konflik terbaru berlaku, apabila pendudukan, sekatan dan konflik berulang telah menyebabkan kemiskinan serta penderitaan yang mendalam.

80% daripada penduduk Gaza bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.

Jalur Gaza merupakan antara kawasan yang paling padat penduduk di dunia. Ia mempunyai populasi kira-kira 2.1 juta orang dan sejak tahun 2007, Gaza berada di bawah sekatan darat, laut dan udara yang dikenakan oleh Israel. Kekurangan bekalan elektrik yang berterusan turut menjejaskan perkhidmatan penting seperti penjagaan kesihatan, bekalan air dan sanitasi, menyebabkan penduduk berdepan keadaan hidup yang semakin sukar.

Konflik Berpanjangan Menyebabkan:

  • 80% daripada penduduk Gaza bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.
  • 95% daripada penduduk Gaza tidak mempunyai akses kepada air bersih.
  • 50% penduduk Gaza tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
  • 60% kanak-kanak mengalami anemia, manakala ramai kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran terbantut akibat kekurangan zat makanan.

Sejak Konflik Tercetus, Islamic Relief Telah Mengagihkan Pelbagai Bentuk Bantuan:

Bekalan Perubatan
Makanan Panas
Pek Makanan
Baucar Makanan
Bekalan Air Bersih
Kemudahan Tandas
Kit Kebersihan
Barangan Keperluan
Sayuran Segar
Lipid-Based Nutrient
Aktiviti Psikososial
Sumbangan Hari Raya
Bantuan Ramadan
Pek Daging Qurban
Keperluan Musim Sejuk

Saban waktu mereka sana menadah tangan memohon bantuan Ilahi.

Kita di sini seharusnya menghulur tangan menunjuk simpati.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG