Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Setiap kanak-kanak mendambakan kehidupan yang sempurna; mempunyai sebuah rumah dan keluarga yang bahagia, tempat yang selamat untuk bermain, akses kepada pendidikan yang berkualiti, penjagaan kesihatan yang baik, serta pemakanan yang mencukupi dan bernutrisi.
Namun, tahukah anda, 1 daripada 5 kanak-kanak di seluruh dunia hidup di bawah paras kemiskinan? Ibu bapa sukar untuk memenuhi keperluan asas mereka sekeluarga. Kehidupan kanak-kanak ini sangat mencabar! Saban hari, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko penyakit dan kematian. Kebanyakan kanak-kanak ini juga buta huruf dan berisiko terlibat dalam aktiviti buruh kanak-kanak.
Disebabkan pelbagai krisis termasuk peperangan, ramai kanak-kanak yang terpaksa tinggal di kem pelarian setelah keluarga mereka terpaksa meninggalkan kediaman mereka, manakala ada antara kanak-kanak ini masih lagi tinggal di kawasan perang akibat mengalami kecederaan. Mereka ini trauma dan memerlukan sokongan psikososial daripada kita semua!
Islamic Relief telah menyokong anak-anak yatim dan keluarga rentan yang terjejas akibat konflik, kemiskinan serta cabaran kemanusiaan lain selama lebih 36 tahun.
Melalui Program Tajaan Anak Yatim di peringkat global, kami menyediakan sokongan jangka panjang kepada lebih 85,000 anak yatim di pelbagai negara di seluruh dunia. Sokongan ini merangkumi akses kepada pendidikan, makanan dan keperluan asas keluarga, rawatan kesihatan, tempat tinggal serta bantuan lain berdasarkan keperluan setiap anak dan keluarga mereka.
Tahun ini, melalui MyYateem Sponsorship, Islamic Relief Malaysia menyasarkan untuk memastikan 5,000 anak yatim di lebih 10 negara menerima tajaan dan sokongan berterusan. Ini termasuk anak-anak yatim di Palestin, Jordan (pelarian Palestin), Somalia dan Sudan, serta negara-negara lain yang berdepan kemiskinan, konflik dan krisis kemanusiaan.
Dengan sumbangan RM350 sebulan selama minimum dua tahun, anda dapat membantu menyediakan sokongan penting kepada anak-anak yatim melalui:
✅ Makanan dan keperluan asas ✅ Pendidikan dan pembangunan masa depan ✅ Perlindungan dan sokongan keluarga ✅ Penjagaan kesihatan
Melalui MyYateem Sponsorship, setiap anak yatim yang ditaja menerima bantuan kewangan bulanan yang membantu mereka dan keluarga memenuhi keperluan pendidikan, termasuk membayar yuran persekolahan serta membeli buku dan bahan pembelajaran.
Dana tajaan ini turut digunakan bagi menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian dan barangan harian, selain membantu mendapatkan rawatan kesihatan, memperbaiki keadaan tempat tinggal serta menyediakan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen mengikut keperluan.
Sepanjang 2025, seramai 125 anak yatim menerima tajaan melalui MyYateem Sponsorship di 19 negara, termasuk Palestin, Somalia, Sudan, Syria, Yaman, Jordan, Afghanistan, dan Indonesia manakala pada tahun 2026, seramai 127 anak yatim sedang menerima tajaan dan sokongan.
Sokongan anda bukan sahaja membantu memenuhi keperluan harian mereka, malah memberi peluang kepada anak-anak yatim ini untuk terus belajar, membesar dengan lebih yakin dan membina masa depan yang lebih cerah.
Bersama-sama, kita dapat menghulurkan kasih sayang, harapan dan peluang kepada anak-anak yatim yang memerlukan.
Untuk pertanyaan mengenai MyYateem Sponsorship, hubungi Sis Ira di talian +6013-261 7488.
Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
Dana disalurkan kepada pejabat lapangan Islamic Relief setiap tiga bulan bagi memastikan perancangan, akauntabiliti serta sokongan berterusan kepada anak-anak yatim dapat dilaksanakan secara berkesan.
Pejabat lapangan Islamic Relief mengenal pasti dan menguruskan bantuan anak-anak yatim di lapangan manakala Islamic Relief Malaysia menguruskan penaja, dana dan laporan.
Ya. Anda akan menerima biodata anak yatim apabila penajaan bermula, diikuti dengan laporan perkembangan tahunan selepas itu.
Penaja perlu memaklumkan kepada Islamic Relief Malaysia sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal. Ini memberi masa yang mencukupi untuk mencari penaja baharu bagi memastikan sokongan kepada anak yatim terus diberikan tanpa putus.
Islamic Relief Malaysia akan menghubungi anda sebelum tempoh penajaan tamat untuk mendapatkan pengesahan sama ada anda ingin meneruskan penajaan.
Sekiranya anda tidak ingin meneruskan atau menghentikan penajaan, sila maklumkan kepada Islamic Relief Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tempoh penajaan berakhir.
Sekiranya tiada pengesahan diterima, penajaan akan tamat dan anak yatim tersebut akan dibuka untuk penajaan baharu.
Program ini berlandaskan nilai-nilai Islam, tadbir urus yang kukuh serta piawaian perlindungan kanak-kanak.
Hubungi pegawai Islamic Relief Malaysia, Sis Ira di talian +6013-261 7488.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.