Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Sumbangan anda membantu membina kompleks air di Somalia bagi menyediakan akses kepada air bersih dan selamat untuk komuniti yang memerlukan. Setiap sumbangan membawa harapan untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
Setiap lot wakaf anda membawa manfaat berpanjangan kepada penduduk Somalia.
Di Somalia, kami membina Kompleks Bekalan Air bagi membantu meringankan beban komuniti luar bandar melalui akses kepada air bersih.
Jangan lepaskan peluang berwakaf dan tinggalkan manfaat yang berpanjangan.
Pembinaan Kompleks Air memberi manfaat besar buat penduduk dan pelarian di Somalia
“Susah sangat hidup dalam keadaan kemarau. Di kawasan ini tiada telaga air. Saya terpaksa jalan kaki 20KM untuk mendapatkan air. “Sejak ada kompleks air yang dibina Islamic Relief, saya tidak perlu berjalan jauh lagi.” Dahabo Mahmud Wa’ays, Penerima Manfaat
“Susah sangat hidup dalam keadaan kemarau. Di kawasan ini tiada telaga air. Saya terpaksa jalan kaki 20KM untuk mendapatkan air.
“Sejak ada kompleks air yang dibina Islamic Relief, saya tidak perlu berjalan jauh lagi.”
Dahabo Mahmud Wa’ays, Penerima Manfaat
Sa’ad bin ‘Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau? Rasulullah SAW menjawab, “boleh”. Sa’ad bertanya lagi, “sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, “sedekah berupa air minum.”
(Hadith An-Nasa’i)
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.