Bersama Membawa Perubahan, Bersama Mencipta Harapan

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menyumbang kepada masyarakat. Di Islamic Relief Malaysia, anda boleh memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan melalui sumbangan, kesukarelawanan, kerjaya atau kerjasama strategik.

Kami berbesar hati untuk bersama-sama anda dalam membawa harapan kepada komuniti yang memerlukan, di Malaysia dan seluruh dunia.

Sukarelawan malakukan aktiviti pembelaran bersama pelajar-pelajar Refugee Intellectual Skills & Excellence (RISE)

Zahirkan Sokongan Anda

Infaq Auto

Jadikan amalan bersedekah lebih mudah melalui sumbangan bulanan secara automatik. Sumbangan konsisten anda membantu memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan kepada mereka yang memerlukan.

Bayar Zakat Bersama LZS

Tunaikan zakat anda melalui Islamic Relief Malaysia sebagai Ejen Kutipan Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS). Zakat anda membantu memperkasa asnaf dan komuniti yang memerlukan di Malaysia.

Platform Atas Talian

Menyumbang dengan mudah melalui pelbagai platform digital yang disediakan. Pilih kaedah pembayaran yang paling sesuai untuk anda.

Cara Menyumbang

Terdapat pelbagai cara untuk menyumbang bersama kami termasuk sumbangan bulanan dan once-off, perbankan atas talian, pleatform atas talian atau hadir ke pejabat Islamic Relief Malaysia.

Wakil Penjanaan Dana

Bantu mengembangkan impak kemanusiaan dengan menjadi wakil penjanaan dana kami. Sebarkan kesedaran dan galakkan lebih ramai menyokong misi Islamic Relief Malaysia.

Sukarelawan

Luangkan masa dan kemahiran anda untuk menyertai program kemanusiaan, aktiviti komuniti dan misi bantuan bersama Islamic Relief Malaysia.

Peluang Kerjaya

Bina kerjaya yang memberi makna dengan menjadi sebahagian daripada pasukan Islamic Relief Malaysia. Terokai peluang pekerjaan dan sertai usaha membina kehidupan yang lebih baik untuk golongan yang memerlukan.

Bersama Kita Bawa Perubahan

Setiap sumbangan, masa, kemahiran dan sokongan yang diberikan mampu mengubah kehidupan mereka yang memerlukan. Sertai Islamic Relief Malaysia hari ini dan jadilah sebahagian daripada usaha kemanusiaan yang membawa harapan, memulihkan kehidupan dan membina masa depan yang lebih baik.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG