Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Kes kolera meningkat tiga kali ganda dalam tiga minggu kebelakangan ini di selatan Yaman apabila konflik dan perpindahan semakin memuncak. Islamic Relief memberi amaran bahawa ribuan nyawa akan terancam jika krisis ini berlarutan.
Pertempuran tersebut telah menyebabkan lebih 200,000 orang mencari perlindungan di kem yang sesak dan tercemar selain tapak lain seperti masjid dan sekolah.
Kira-kira 40% daripada golongan pelarian tidak mempunyai akses kepada air selamat manakala satu pertiga penduduk tidak mempunyai akses kepada tandas yang sesuai, menyebabkan mereka terpaksa membuang air besar di kawasan terbuka. Keadaan ini meningkatkan risiko penularan penyakit bawaan air yang boleh membawa maut, seperti kolera.
Setakat ini, wabak tersebut telah mengorbankan 27 nyawa pada tahun ini dengan kira-kira 2,000 kes dalam tempoh empat minggu lalu – 94% daripadanya tumpu di lima wilayah selatan yang menempatkan pelarian iaitu Abyan, Lahj, Al-Dhale’e, Taiz, dan Aden.
Sistem kesihatan Yaman yang semakin lumpuh akibat konflik berpanjangan dan krisis ekonomi memburukkan lagi penularan wabak ini. Hanya sekitar 60% kemudahan kesihatan di kawasan tersebut masih berfungsi sepenuhnya, manakala kebanyakannya berdepan kekurangan bekalan ubat-ubatan.
Pada September lalu, Islamic Relief memberi amaran bahawa wabak kolera berisiko tinggi tercetus sekiranya bantuan tidak ditingkatkan dengan segera, susulan keadaan hidup yang amat daif dan mencabar yang dihadapi oleh keluarga pelarian.
Pemangku Pengarah Islamic Relief Yaman, Saaid Said Omar berkata:
“Wabak kolera ini adalah satu bencana. Penduduk yang melarikan diri daripada konflik dengan angka mencecah ribuan sudah pun menderita akibat kekurangan makanan, tempat perlindungan, dan kesengsaraan hidup sebagai pelarian. Kini mereka berdepan risiko daripada wabak kolera ini yang sangat berkemungkinan merebak dan boleh meragut nyawa manusia dalam masa 24 jam. “Penularan wabak ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ramai keluarga pelarian terpaksa bergantung pada telaga yang tidak dilindungi dan sumber air terbuka. Pada masa yang sama, mereka berlindung bersama ribuan penduduk lain di kawasan sesak tanpa kemudahan sanitasi dan tandas yang mencukupi. “Ini adalah detik penting untuk Yaman. Jika krisis semasa tidak menerima perhatian dan pembiayaan antarabangsa yang mencukupi, keadaan kemanusiaan berkemungkinan besar akan merosot dengan ketara dalam bulan-bulan akan datang. “Wabak kolera ini merupakan amaran awal terhadap krisis yang jauh lebih besar. Para penderma berpeluang memainkan peranan penting dengan menyalurkan bantuan segera bagi menyelamatkan nyawa, membendung penularan penyakit dan melindungi keluarga yang terjejas sebelum keperluan kemanusiaan menjadi terlalu besar untuk ditangani dengan kapasiti tindak balas sedia ada. Yaman tidak boleh terus menanggung akibat kelewatan dalam tindakan kemanusiaan.”
“Wabak kolera ini adalah satu bencana. Penduduk yang melarikan diri daripada konflik dengan angka mencecah ribuan sudah pun menderita akibat kekurangan makanan, tempat perlindungan, dan kesengsaraan hidup sebagai pelarian. Kini mereka berdepan risiko daripada wabak kolera ini yang sangat berkemungkinan merebak dan boleh meragut nyawa manusia dalam masa 24 jam.
“Penularan wabak ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ramai keluarga pelarian terpaksa bergantung pada telaga yang tidak dilindungi dan sumber air terbuka. Pada masa yang sama, mereka berlindung bersama ribuan penduduk lain di kawasan sesak tanpa kemudahan sanitasi dan tandas yang mencukupi.
“Ini adalah detik penting untuk Yaman. Jika krisis semasa tidak menerima perhatian dan pembiayaan antarabangsa yang mencukupi, keadaan kemanusiaan berkemungkinan besar akan merosot dengan ketara dalam bulan-bulan akan datang.
“Wabak kolera ini merupakan amaran awal terhadap krisis yang jauh lebih besar. Para penderma berpeluang memainkan peranan penting dengan menyalurkan bantuan segera bagi menyelamatkan nyawa, membendung penularan penyakit dan melindungi keluarga yang terjejas sebelum keperluan kemanusiaan menjadi terlalu besar untuk ditangani dengan kapasiti tindak balas sedia ada. Yaman tidak boleh terus menanggung akibat kelewatan dalam tindakan kemanusiaan.”
Agensi antarabangsa telah mempergiat ujian saringan kolera di kawasan berisiko tinggi, termasuk Abyan, Lahj, Al-Dhale’e, Taiz dan Aden. Kadar keputusan positif yang tinggi mengesahkan penularan wabak masih aktif, manakala pasukan perubatan tempatan yang berpengalaman terus berusaha membendung penularannya.
Islamic Relief merancang untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan memastikan bekalan perubatan terus disalurkan ke hospital bagi membendung wabak kolera di Taiz, Lahj dan Aden. Islamic Relief turut bekerjasama dengan agensi lain yang menjalankan ujian saringan kolera dalam kalangan penduduk, selain meneruskan bantuan kepada ratusan keluarga pelarian.
Islamic Relief telah beroperasi di Yaman sejak 1998, dengan melaksanakan pelbagai projek untuk meningkatkan akses kepada air bersih dan sanitasi, memperkukuh sumber mata pencarian yang mampan, menyokong anak-anak yatim serta menyalurkan bantuan kecemasan kepada mereka yang memerlukan. Islamic Relief turut bekerjasama rapat dengan rakan pelaksana tempatan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada komuniti di seluruh negara.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.