Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief telah menjalankan operasi kemanusiaan di Niger, sebuah negara di Afrika Barat, sejak tahun 2005.
Sepanjang tempoh tersebut, Islamic Relief giat membantu keluarga yang memerlukan, menyalurkan bantuan kecemasan bagi menyelamatkan nyawa serta meningkatkan daya tahan masyarakat dalam menghadapi pelbagai cabaran dan krisis.
Sehingga kini, Islamic Relief telah menyalurkan bantuan kepada jutaan penduduk di negara tersebut.
Dengan sokongan kakitangan yang komited, Islamic Relief beroperasi melalui pejabat utamanya di Niamey, ibu negara Niger, serta dua pejabat cawangan di Ouallam dan Doutchi. Operasi kemanusiaan ini memberi tumpuan kepada komuniti di wilayah Tillaberi dan Dosso.
Usaha kemanusiaan Islamic Relief di Niger tertumpu kepada jaminan bekalan makanan dan sumber pendapatan, penjagaan kesihatan dan pemakanan serta penyediaan kemudahan air bersih, sanitasi dan kebersihan (WASH).
Selain itu, pendidikan, kebajikan kanak-kanak dan bantuan kepada anak-anak yatim turut menjadi antara keutamaan utama. Pemerkasaan wanita juga diberikan perhatian dalam kebanyakan program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat setempat.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.