Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Organisasi kemanusiaan dan perlindungan awam memberi amaran keras berhubung laporan mengenai pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di dalam dan sekitar El Fasher, Darfur Utara, di mana orang awam dibunuh, dibiarkan kelaparan, dan hidup dalam ketakutan ketika pertempuran semakin memuncak ke tahap bencana. Tanpa tindakan segera, puluhan ribu nyawa berisiko hilang dalam masa beberapa hari akibat keganasan, kebuluran, dan halangan berterusan terhadap akses bantuan kemanusiaan.
Selama beberapa bulan, serangan berterusan dan pertempuran darat telah memusnahkan El Fasher, menyebabkan orang awam terperangkap di antara kawasan pertempuran. Seluruh kejiranan musnah, rumah dibakar, dan mayat dibiarkan tidak dikebumikan di jalanan. Saksi melaporkan adegan mengerikan dimana orang awam dibunuh ketika cuba melarikan diri, yang cedera dibiarkan mati, dan kanak-kanak menangis di sisi jasad ibu bapa mereka.
“Dalam tempoh 72 jam yang lalu, kami menerima pelbagai laporan dipercayai mengenai serangan terhadap orang awam di rumah mereka, di tempat awam, hospital, serta di tepi jalan ketika mereka cuba melarikan diri ke Tawila dan kawasan lain. Serangan terhadap orang awam, petugas perubatan, dan petugas bantuan perlu dihentikan serta-merta,” kata Peter Burgess, Ketua Inter-Agency Working Group (IAWG).
Orang awam yang cuba melarikan diri ke Tawila dan kampung berhampiran berdepan pelbagai kekejaman termasuk pemerasan, penculikan, keganasan seksual dan hukuman mati di sekatan jalan. Penduduk Tawila melaporkan mayat ditemui setiap sepuluh meter di sepanjang laluan antara El Fasher dan Tawila. Ramai yang tiba dalam keadaan cedera, kekurangan zat, dan ada yang meninggal dunia sebaik tiba.
Lebih 400,000 orang pelarian dalam negara (IDP) sudah berlindung di Tawila sebelum kejatuhan El Fasher. Kini, mereka yang berjaya tiba di Tawila menghadapi kekurangan makanan, ubat-ubatan dan tempat perlindungan. Kanak-kanak yang tiba bersendirian, kelihatan trauma dan kebuluran, manakala komuniti tuan rumah pula semakin tertekan. Agensi kemanusiaan hanya mampu memenuhi kurang separuh daripada keperluan asas semasa.
Akses kemanusiaan ke El Fasher terhenti sepenuhnya, dan keselamatan mereka yang masih terperangkap menjadi kebimbangan besar. Petugas tempatan beroperasi dalam keadaan berbahaya tanpa komunikasi dan dengan konvoi bantuan disekat. Ahli keluarga kehilangan nyawa akibat kelaparan dan kehausan di dalam bandar tanpa mampu melarikan diri, sementara agensi bantuan tidak dapat masuk. Situasi ini merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Organisasi kemanusiaan dan perlindungan menyeru kerajaan, badan serantau, dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak segera bagi menghentikan kekejaman ini:
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) menyokong sepenuhnya kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Inter-Agency Working Group (IAWG) ini dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera bagi melindungi orang awam serta memulihkan akses kemanusiaan di Sudan.
“Situasi di El Fasher amat membimbangkan dan menyayat hati. Penduduk awam terperangkap dalam pertempuran yang berlarutan, ramai kehilangan nyawa, manakala kebuluran dan penderitaan semakin meningkat. Laporan yang diterima menggambarkan keadaan kemanusiaan yang amat kritikal,” kata Siti Fadilah Mohd Hood, Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia. “Walaupun Islamic Relief tidak beroperasi secara langsung di El Fasher disebabkan sekatan akses dan situasi keselamatan yang tidak menentu, Islamic Relief terus menyalurkan bantuan kemanusiaan di wilayah berdekatan iaitu Darfur Tengah, termasuk melalui pusat kesihatan, pemakanan dan pengagihan bantuan makanan asas. “Islamic Relief juga sentiasa memantau perkembangan dengan rapi dan bersedia untuk menyalurkan bantuan tambahan sebaik keadaan mengizinkan.”
“Situasi di El Fasher amat membimbangkan dan menyayat hati. Penduduk awam terperangkap dalam pertempuran yang berlarutan, ramai kehilangan nyawa, manakala kebuluran dan penderitaan semakin meningkat. Laporan yang diterima menggambarkan keadaan kemanusiaan yang amat kritikal,” kata Siti Fadilah Mohd Hood, Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia.
“Walaupun Islamic Relief tidak beroperasi secara langsung di El Fasher disebabkan sekatan akses dan situasi keselamatan yang tidak menentu, Islamic Relief terus menyalurkan bantuan kemanusiaan di wilayah berdekatan iaitu Darfur Tengah, termasuk melalui pusat kesihatan, pemakanan dan pengagihan bantuan makanan asas.
“Islamic Relief juga sentiasa memantau perkembangan dengan rapi dan bersedia untuk menyalurkan bantuan tambahan sebaik keadaan mengizinkan.”
Islamic Relief telah beroperasi di Sudan sejak tahun 1984, menyalurkan bantuan kecemasan, perkhidmatan kesihatan, makanan dan tempat perlindungan kepada komuniti yang terjejas.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.