Selaras dengan peranan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, Islamic Relief Malaysia menerusi skuad Sisterhood Winter Mission bakal melaksanakan misi kemanusiaan ke Turki bermula 18 hingga 24 Januari 2020.

Misi yang disertai oleh Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Irma Hasmie dan tiga kakitangan wanita Islamic Relief Malaysia itu akan berada di Gaziantep dan Istanbul bagi mengagihkan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi kempen Rayuan Musim Sejuk yang telah dilancarkan sejak Oktober 2019.

Sumbangan akan diagihkan dalam bentuk baucer tunai dan penerima akan membeli sendiri keperluan musim sejuk seperti baju sejuk, sarung tangan, kasut, stokin, selimut, tilam, plastik penebat haba, arang dan kayu api di kedai terpilih. Selain mengagih bantuan, objektif lain misi adalah untuk memantau dan menilai projek-projek bantuan Islamic Relief di Turki.

Bantuan musim sejuk Islamic Relief Malaysia kali ini bukan sahaja melibatkan pelarian Syria di Turki, malahan bantuan keperluan ini akan meliputi pelarian Syria yang masih berada di dalam Syria dan juga penduduk terjejas di Pakistan.

Bantuan ini juga merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kecemasan di Syria yang telahpun dilaksanakan sejak krisis mula tercetus pada tahun 2011 merangkumi pelbagai sektor bantuan yang lain.

Sehingga kini, Islamic Relief Malaysia berjaya mengumpul dana sebanyak RM507,539.60 daripada RM1 juta yang disasarkan.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia di www.islamic-relief.org.my, Facebook Islamic Relief Malaysia atau Instagram ir_my.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG