MALAWI, 24 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 499 orang terkorban, 1,332 cedera, 427 lagi dilaporkan hilang dan 508,244 orang pula hilang tempat tinggal, susulan bencana Siklon Tropika Freddy yang melanda Malawi sejak dua minggu lalu.

Bencana itu mengakibatkan banjir dan tanah runtuh yang teruk. Jalan raya ditenggelami air dan kediaman penduduk ditimbuni lumpur.

Sebanyak 437 buah sekolah musnah dan rosak, sementara kerosakan tiang elektrik, pemancar dan paip air yang berlaku menyebabkan bekalan elektrik serta air terputus.

Di Mozambique, gangguan bekalan elektrik yang berlaku telah menjejaskan perkampungan kecil dan mengganggu kerja-kerja menyelamat penduduk terjejas yang sedang menunggu bantuan makanan dan perubatan.

Presiden Malawi, Dr. Lazarus Chakwera telah mengisytiharkan darurat di negara itu.

Kakitangan Islamic Relief di Malawi sudah berada di lapangan sejak minggu lalu bagi menjalankan penilaian keperluan semasa yang diperlukan penduduk terjejas.

Antara keperluan mendesak yang telah dikenalpasti ialah tempat perlindungan dan tandas sementara, tarpaulin atau plastik penebat haba, selimut, alas tidur, pakaian, makanan, klorin untuk rawatan air dan alatan dapur.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG