IDLIB, 30 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 514 khemah rosak, dan 1,044 lagi rosak sebahagiannya berikutan hujan lebat yang melanda Idlib, Syria hingga menjejaskan 33,742 orang di 74 kem pelarian.

Bencana ini memberi kesan besar kerana ada diantara kem terbabit baru sahaja dibina dan didiami penduduk terjejas gempa bumi yang melanda negara itu baru-baru ini.

Kebanyakan jalan raya di dalam kawasan kem diselaputi lumpur hingga tidak boleh digunakan.

Antara keperluan mendesak yang diperlukan ketika ini ialah selimut, tilam, plastik penebat haba, khemah dan makanan.

Terkini, Islamic Relief telah merangka untuk mengedarkan bantuan tilam, plastik penebat haba dan alat pemanas kepada 200 penduduk terjejas.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG