Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan kempen Ramadan Care4hunger sekaligus bakal memberi manfaat kepada individu di 33 buah negara dari seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, kempen Ramadan Care4Hunger yang menjadi program tahunan itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM800,000 bagi membantu golongan rentan untuk menempuhi bulan Ramadan di samping meningkatkan kesedaran orang awam terhadap isu kemanusiaan di peringkat global.
“Secara keseluruhan, Islamic Relief menganggarkan agihan pek makanan sebanyak 311,436 kotak pada tahun ini yang akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1.7 juta individu.
“Untuk kempen Ramadan Care4Hunger kali ini, IRM menyediakan pakej sumbangan bermula serendah RM150 dan RM300 yang bermula pada 8 Mac 2018 sehingga 4 Jun 2018,” jelas Zairulshahfuddin.
Selain itu, negara-negara yang menerima bantuan pek makanan ini telah memenuhi kriteria-kriteria tertentu iaitu:-
Antara negara yang akan menerima sumbangan pek makanan ini adalah Palestin, Syria, Somalia, Sri Lanka, Yaman, Indonesia dan lain-lain.
Agihan pek makanan Ramadan merupakan program bermusim yang dikelola oleh Islamic Relief dalam memberi bantuan makanan asas kepada penerima manfaat dari pelbagai negara untuk bekalan sepanjang bulan Ramadan. Ia meliputi makanan asas seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh, dan kurma. Pek makanan tersebut akan mengikuti keperluan asas negara masing-masing. Di Malaysia, IRM menyasarkan agihan sebanyak 7,387 pek makanan Ramadan di seluruh negara manakala 8,789 pek makanan di lebih 30 buah negara.
Tahun
Agihan Tempatan
Agihan Antarabangsa
Jumlah Pek Makanan
Jumlah Pek Makanan (Melalui seluruh IR)
2014
10,100
188,834
2016
240,669
2018
311,436
Jumlah bantuan pek makanan IRM (2014 – 2019)
Sejak tahun 2007, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah bekerjasama dengan Bangi Resort Hotel (BRH) yang sebelum ini dikenali sebagai Bangi Putrajaya Hotel menerusi pelbagai program antaranya booth pameran dan bufet ramadan, edaran bubur lambuk, penajaan jamuan raya, agihan makanan untuk gelandangan, Majlis Iftar Saham Akhirat (MISA) dan pelbagai lagi.
Tahun ini, sekali lagi IRM meneruskan kerjasama bersama BRH menerusi program Cahaya Ramadan Buffet yang diadakan di Funtasia sepanjang bulan Ramadan. Setiap RM3.50 daripada harga makan dewasa akan disumbangkan kepada IRM untuk projek-projek kemanusiaan dan sasaran tahun ini ialah sebanyak RM25,000. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat tahunan pihak hotel.
Selain itu, pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan Ikon Kemanusiaan IRM, Elfaeza Ul Haq dan kumpulan Saujana serta maskot Omar & Hana pada 17 Mei 2019 dan Irma Hasmie pada 24 Mei 2019 menerusi sesi ‘Meet & Greet’.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.