Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Rakyat Syria yang berharap untuk kembali ke kediaman mereka berdepan cabaran yang sangat besar dan memerlukan lebih banyak sokongan antarabangsa bagi membina semula negara, menurut Islamic Relief.
Pada detik bersejarah yang membuka peluang baharu untuk Syria ini, ramai pelarian dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dalam negara (IDP) sedang mempertimbangkan untuk pulang ke negara mereka.
Ribuan orang juga kini tiba dari negara-negara jiran setiap hari. Namun, selepas hampir 14 tahun melalui krisis yang penuh keganasan, ramai antara mereka hampir tidak mempunyai apa-apa untuk kembali.
Islamic Relief menyeru masyarakat antarabangsa supaya meningkatkan sokongan terhadap usaha pembinaan semula dan pemulihan, termasuk membina semula infrastruktur asas berdasarkan keperluan dan kehendak komuniti tempatan serta memulihkan semula fungsi sistem perbankan.
Penduduk juga berdepan keadaan keselamatan yang amat tidak menentu. Islamic Relief menyeru agar serangan ganas yang semakin meningkat dihentikan dan semua negara menghormati integriti wilayah Syria.
Pengeboman Israel yang paling berat dalam tempoh beberapa tahun telah melanda sebahagian besar kawasan selatan dan barat Syria, memusnahkan jalan raya serta rangkaian bekalan elektrik. Israel juga telah memperluaskan pendudukannya di beberapa kawasan Syria, manakala pertempuran sengit masih berterusan di beberapa bahagian lain negara itu.
Penduduk perlu diberi sokongan untuk pulang sekiranya mereka mahu berbuat demikian, namun tiada sesiapa harus dipaksa. Ramai masih merasakan bahawa tahap keselamatan dan perkhidmatan yang diperlukan belum mencukupi. Sebarang kepulangan mestilah dilakukan secara sukarela dan selaras dengan piawaian antarabangsa berkaitan perlindungan pelarian.
Petugas Islamic Relief di barat laut Syria, di mana lebih 1,500 kem menempatkan sekitar 2 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal dari kawasan lain di negara itu, melaporkan bahawa ramai masih takut untuk meninggalkan kem. Suhu musim sejuk kini turun di bawah paras beku, manakala ramai daripada mereka tidak lagi mempunyai rumah untuk kembali.
Seorang lelaki yang kehilangan tempat tinggal di Idlib, barat laut Syria, memberitahu kakitangan Islamic Relief:
“Jangan tinggalkan kami. Jangan anggap kami sudah pulang ke rumah hanya kerana perang sudah berakhir. Kami masih di sini dan kami masih belum boleh pulang.”
Rajab Haj Saleem, Ketua Pejabat Islamic Relief di Idlib, berkata:
“Perkara paling penting sekarang ialah pengeboman telah berhenti di bandar seperti Idlib dan Aleppo yang sudah terlalu lama dilanda peperangan. Kebanyakan penduduk berasa optimis. Ramai mahu pulang ke rumah, tetapi mereka tidak mempunyai infrastruktur dan pendapatan yang mencukupi untuk berbuat demikian.
“Banyak bandar dan kampung kini tidak lagi mempunyai perkhidmatan kesihatan, pendidikan atau perkhidmatan asas lain, dan kami memerlukan sokongan masyarakat antarabangsa untuk membina semula semuanya.
“Di barat laut Syria, kakitangan kami menerima mesej daripada penduduk di kem yang memberitahu bahawa mereka masih belum bersedia untuk pulang dan masih memerlukan bantuan berterusan. Pada masa sama, lebih ramai penduduk kini pulang dari luar negara dan mereka juga memerlukan bantuan sebaik sahaja tiba.”
Ramai penduduk di kem memberitahu Islamic Relief bahawa mereka memerlukan lebih setahun sebelum dapat kembali ke kediaman asal kerana sukar untuk mengumpulkan wang yang mencukupi bagi membina semula rumah, manakala perkhidmatan tempatan juga telah mengalami kemusnahan yang teruk.
Islamic Relief telah beroperasi di barat laut Syria sepanjang krisis dan kini memperluaskan programnya ke kawasan lain di negara tersebut, termasuk menjalankan penilaian di Damsyik, Homs, Deir ez-Zour dan beberapa lokasi lain.
Dalam tempoh dua minggu lalu, Islamic Relief telah:
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.