3.5 juta penerima manfaat di seluruh dunia bakal menerima sumbangan daging korban tahun ini daripada Islamic Relief (IR) melibatkan 155,000 bahagian korban.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang ditemui di program jomSinggah Qurban anjuran IRM di Pusat Jagaan Mahmudah hari ini.

“Di peringkat global, sebanyak 33 negara seperti Syria, Palestin, Somalia dan pelbagai lagi terlibat dalam menerima bantuan ini.

“IRM sendiri telah menguruskan dan malaksanakan kempen ini selama 12 tahun dan sambutan yang diterima daripada masyarakat Malaysia sangat menggalakkan.

“Melalui rangkaian IR di Malaysia, kami menyasarkan sebanyak 1,100 bahagian korban diagihkan kepada penerima manfaat di negara-negara terpilih,” katanya.

Orang ramai yang ingin ingin menyertai ibadah korban ini bersama IRM boleh hubungi talian 03-89263434 atau layari laman web www.islamic-relief.org.my.

Harga bagi setiap bahagian korban berbeza mengikut negara bermula dari RM390 hingga RM2,000.

Penerima manfaat seperti anak yatim, warga emas, fakir miskin, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan pelarian bakal menerima daging korban berbentuk daging segar, sejuk beku atau yang ditinkan.

Di Malaysia, sebanyak 3 ekor lembu akan dikorbankan di Kg. Sg. Tangkarason, Beluran, Sabah dan seekor lembu di Kg. Sg. Kechil, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

jomSinggah Qurban

 Dalam pada itu, jomSinggah Qurban disertai kira-kira 90 orang terdiri daripada 47 penghuni Pusat Jagaan Mahmudah, rakan-rakan media, kakitangan serta Ikon Kemanusiaan IRM, Irma Hasmie.

Antara objektif program ini ialah ziarah sambil beramah mesra bersama penerima manfaat IRM di samping memberi kesedaran mengenai kempen Qurbani Merentasi Sempadan kepada rakan-rakan media yang hadir.

“Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk merapatkan silaturahim di kalangan rakan media, penerima manfaat serta kakitangan IRM di dalam menghayati sifat keprihatinan dan pengorbanan serta kasih sayang,” ulas Zairulshahfuddin.

Para penghuni Rumah Jagaan Mahmudah kelihatan gembira bercampur sebak ketika sesi perkongsiaan daripada Irma Hasmie dan Zainudin Yahya, salah seorang penghuni bertajuk Berkorban Apa Saja.

Sesi berakhir dengan jamuan makan dan agihan cenderahati kepada semua penghuni warga emas tersebut.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG