Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Berpandukan nilai keadilan sosial yang menjadi tunjang dalam menyantuni golongan rentan, Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Pusat Jagaan Nur Hasanah mengambil langkah proaktif untuk menyantuni penghuni pusat jagaan tersebut sempena bulan Ramadan agar mereka dapat merasai kemanisan berpuasa.
Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, MySinggah Ramadan kali ini memilih warga emas yang sebagai golongan sasar agar mereka dirasai dihargai dan dirai.
“Program MySinggah Ramadan adalah inisiatif kami dalam menyantuni warga emas yang terpinggir, pernah hidup sebagai gelandangan di jalanan dan tinggal bersendirian dalam kedaifan, terlantar di hospital tanpa waris yang hadir melawat, dan mereka yang menghidap penyakit kronik tanpa rawatan dan penjagaan sempurna.”
“Selain itu, dengan usahasama antara IRM dan Pusat Jagaan Nur Hasanah, program MySinggah Ramadan diwujudkan bagi meraikan setiap penerima manfaat dengan kegembiraan melalui pelbagai aktiviti bermanfaat dan pengisian ilmiah,” jelas Zairulshahfuddin.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi melengkapi program MySinggah Ramadan di samping mewujudkan suasana harmoni antara pihak IRM, Pusat Jagaan Nur Hasanah dan juga penerima manfaat. Antara aktiviti tersebut termasuklah program demo masakan oleh Chef Selebriti, Chef Nabil Salleh dan Chef Imelda Harris. Pada waktu berbuka, majlis diserikan dengan kehadiran Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob.
Majlis ini turut mendapat sokongan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid, pihak Bangi Resort Hotel (BRH), dan Kelab Sukarelawan Zakat (SUZA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka.
Dalam pada itu, Ikon Kemanusiaan IRM iaitu Dr Aizan Sofia dan Kumpulan Saujana turut hadir bagi memeriahkan majlis termasuklah penceramah jemputan khas iaitu Ustaz Ashraf Suarin.
Program ini sejajar dengan kempen Ramadan Care4Hunger yang sedang berlangsung ketika ini. Orang ramai boleh membuat sumbangan pek makanan untuk sebuah keluarga menerusi pakej RM150 atau RM300.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.