Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Seramai empat orang kakitangan Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) bersama dua Ikon Kemanusiaan IR Malaysia, Irma Hasmie Ibrahim dan Chef Imelda Harris berlepas ke Bangladesh malam tadi bagi meneruskan misi kemanusiaan bermula 4 Oktober sehingga 11 Oktober 2023.
Pasukan misi yang membawa nama “Caring World” Mission #Bangladesh itu akan berada di Madhupur dan Rangpur bagi meninjau projek kemanusiaan yang dilaksanakan di sana selain memberi bantuan dan menyantuni penduduk Bangladesh di dua lokasi tersebut.
Ketua “Caring World” Mission #Bangladesh merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood berkata, pemilihan Bangladesh sebagai lokasi misi kali ini adalah sejajar dengan kempen pengumpulan dana yang sedang dijalankan.
“IR Malaysia telah memberi tumpuan dalam meningkatkan agihan dan pelaksanaan program bantuan di dalam Malaysia. Tetapi, pada masa yang sama, kami tidak melupakan keperluan untuk membantu mereka yang memerlukan di luar negara. “Kempen Dana Wakaf Sistem Air (DWAS) yang telah dilancarkan sejak 2021 bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek pembinaan bekalan air bersih di beberapa buah negara seperti Bangladesh dan Somalia. “Jadi, objektif misi kali ini adalah untuk memantau pelaksanaan projek-projek bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia disamping membuat penilaian terhadap impak projek serta mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan projek-projek ini berjaya dan bertahan lama. “Antara projek yang bakal kami tinjau di Bangladesh adalah pembinaan telaga tiub selain daripada penajaan anak yatim dan kehidupan mampan,” katanya ketika ditemui di KLIA.
“IR Malaysia telah memberi tumpuan dalam meningkatkan agihan dan pelaksanaan program bantuan di dalam Malaysia. Tetapi, pada masa yang sama, kami tidak melupakan keperluan untuk membantu mereka yang memerlukan di luar negara.
“Kempen Dana Wakaf Sistem Air (DWAS) yang telah dilancarkan sejak 2021 bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek pembinaan bekalan air bersih di beberapa buah negara seperti Bangladesh dan Somalia.
“Jadi, objektif misi kali ini adalah untuk memantau pelaksanaan projek-projek bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia disamping membuat penilaian terhadap impak projek serta mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan projek-projek ini berjaya dan bertahan lama.
“Antara projek yang bakal kami tinjau di Bangladesh adalah pembinaan telaga tiub selain daripada penajaan anak yatim dan kehidupan mampan,” katanya ketika ditemui di KLIA.
Sehingga kini, melalui dana DWAS, IR Malaysia telah membina 78 telaga tiub di Bangladesh dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat.
Bangladesh merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di dunia. Namun begitu, masalah air menjadi isu utama buat sebahagian besar rakyatnya. 3.79 juta penduduk Bangladesh tidak mempunyai kemudahan sumber bekalan air bersih berdekatan kediaman mereka manakala 68 juta penduduknya menggunakan air tercemar yang mempunyai kandungan arsenik dan virus e-coli bagi kegunaan harian.
Ini meningkatkan risiko penyakit seperti kanser hati, buah pinggang, masalah cirit-birit, jangkitan kolera dan penyakit usus.
“Melalui misi ini, IR Malaysia berharap agar dapat mengumpul dana bagi membina lebih banyak telaga tiub di Bangladesh dan kompleks air di Somalia. “Sebagai sebuah NGO yang memberi bantuan kemanusiaan kepada pelbagai kelompok masyarakat, projek ini diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan hidup dan kualiti kesihatan penduduk Bangladesh khususnya dan mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di negara-negara di mana Islamic Relief beroperasi,” tambah Fadilah.
“Melalui misi ini, IR Malaysia berharap agar dapat mengumpul dana bagi membina lebih banyak telaga tiub di Bangladesh dan kompleks air di Somalia.
“Sebagai sebuah NGO yang memberi bantuan kemanusiaan kepada pelbagai kelompok masyarakat, projek ini diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan hidup dan kualiti kesihatan penduduk Bangladesh khususnya dan mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di negara-negara di mana Islamic Relief beroperasi,” tambah Fadilah.
Selain meninjau projek-projek bantuan, pasukan “Caring World” Mission #Bangladesh juga akan mengagihkan sumbangan pek makanan dan melakukan beberapa aktiviti psikososial bagi menyantuni penduduk di sana.
Untuk perkembangan lanjut mengenai misi, orang ramai boleh melayari media sosial Islamic Relief Malaysia.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.