Islamic Relief Malaysia (IRM) mengajak orang ramai untuk terus menyumbang demi pembangunan sosial dan masyarakat yang memerlukan melalui program Mega Sale Aidilfitri yang diadakan di Charity Shoppe IRM hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, program Mega Sale Aidilfitri ini bukan sahaja merupakan anjung rahmat untuk setiap pengunjung yang hadir, malah menjadi destinasi setiap insan untuk melakukan amalan kebaikan.

“Charity Shoppe yang kami uruskan ini ibarat pintu gerbang bagi setiap pengunjung dan ia membuka ruang untuk setiap insan dalam melakukan amal jariah yakni membeli sambil menderma. Kami tidak hanya menekankan konsep jual-beli malah kami juga bercadang untuk menyebarkan cerita-cerita kemanusiaan kepada mereka yang menyokong program ini.”

“Selain itu, dengan adanya program seperti Mega Sale Aidilfitri, ia menjadi penghubung antara pengunjung yang secara tidak langsung adalah penyumbang dengan penerima manfaat agar mereka terus disantuni,” jelas Zairulshahfuddin.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi melengkapi program Mega Sale Aidilfitri IRM di samping mewujudkan suasana ceria hari raya. Antara aktiviti yang disediakan termasuklah tutorial hijab serta tutorial solekan oleh Ikon Kemanusiaan IRM iaitu Irma Hasmie dan Elfaeza Ul Haq, pertandingan menganyam ketupat, jualan barangan ‘preloved’ dan barangan selebriti, dan happy hour bagi mereka yang bertuah. 100 pengunjung terawal turut dihadiahkan cenderahati oleh IRM sebagai tanda penghargaan dan sokongan.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG