Islamic  Relief  Malaysia  hari  ini  mengumumkan  hari  terakhir  perkhidmatan Saudara Zairulshahfuddin Bin Zainal Abidin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Islamic Relief Malaysia selepas 12 tahun memberikan perkhidmatan cemerlang dan menempatkan Islamic Relief Malaysia dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada pelan penerusan kepimpinan yang diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia susulan permintaan beliau untuk bersara secara sukarela pada tahun lalu.

Saudara Zairul telah menyertai Islamic Relief Malaysia pada tahun 2010 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau telah menggabungkan pemahaman beliau yang berharga tentang pengurusan dan operasi organisasi ini, seterusnya membawanya kepada pihak lembaga pemegang amanah. Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepimpinan serta sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada organisasi.

Beliau telah banyak terlibat sejak awal dalam memberikan bimbingan dan sokongan yang padu kepada pihak pengurusan, dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memenuhi objektif organisasi. Bagi pihak Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan serta kakitangan di Malaysia dan di peringkat global , kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Zairul atas sumbangan besar beliau kepada Islamic Relief Malaysia. Dedikasi dan kesetiaannya kepada organisasi telah menjadi teladan. Beliau akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Islamic Relief Malaysia dan kami mendoakan kejayaan beliau dalam peranan seterusnya.

Sehingga pelantikan rasmi KPE baharu Islamic Relief Malaysia, Saudari Siti Fadilah Binti Mohd Hood akan menjadi pemangku KPE berkuat kuasa mulai 1 September 2022

 

Terima Kasih.

 

Prof. Dr. Azni Bin Idris Pengerusi

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia

31hb Ogos 2022

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG