Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief (IR) bekerjasama dengan NGO tempatan yang beroperasi di Cox’s Bazar bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada ratusan ribu orang yang telah melarikan diri dari konflik di Myanmar ke negara jiran Bangladesh.
9 November lalu, IR mengumumkan PULSE Bangladesh sebagai rakan pelaksana pertama yang diluluskan oleh pihak berkuasa Bangladesh untuk memberi bantuan di Cox’s Bazar.
Dengan jalinan kerjasama ini, IR dapat menghulurkan bantuan kecemasan untuk membantu 300,000 penerima manfaat dari 50,000 keluarga dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan bantuan bekalan makanan, tempat tinggal dan kit kebersihan.
Ketua Bahagian Asia Islamic Relief, Masud Siddique, berkata:
“Kami tidak dapat bertindak sehingga ke tahap ini tanpa sokongan orang ramai dan para penyumbang di seluruh dunia. Kami sangat bersyukur dan gembira dapat bekerjasama dengan PULSE Bangladesh sebagai rakan pelaksana yang berpengalaman menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Cox’s Bazar. Selain itu, mereka juga sangat memahami keperluan para pelarian di sana. Kerjasama ini akan membantu kami meluaskan capaian penerima manfaat dalam krisis kemanusiaan yang menjadi isu dunia ini.
“Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kami akan mengenal pasti pelbagai lokasi di mana kami boleh bekerjasama dengan PULSE Bangladesh untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kami, sambil membina kapasiti PULSE Bangladesh untuk menyampaikan bantuan dengan lebih berkesan di masa akan datang terutama dalam keadaan kecemasan seperti ini.”
Selain PULSE Bangladesh, IR juga akan membiayai beberapa pertubuhan bantuan kemanusiaan antarabangsa lain untuk menyampaikan bantuan kecemasan kepada pelarian-pelarian yang telah melarikan sejak Ogos 2017.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.