Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan kempen Ramadan yang dilaksanakan di bawah kempen Care4Hunger sekaligus bakal memberi manfaat kepada individu di 34 buah negara dari seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, kempen yang menjadi program tahunan itu bertujuan membantu golongan rentan untuk menempuhi bulan Ramadan yang bakal tiba di samping meningkatkan kesedaran orang awam terhadap isu kemanusiaan di peringkat global.
“Projek pek makanan Ramadan 2019 tahun ini bakal merentasi 34 buah negara di serata dunia. Islamic Relief (IR) secara keseluruhan menganggarkan agihan pek makanan sebanyak 311,436 kotak yang akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1.7 juta individu.
“IRM juga menyasarkan kutipan dana sebanyak RM10 juta bagi memenuhi kempen Care4Hunger yang merangkumi pelbagai sektor iaitu Makanan & Nutrisi, Kecemasan & Pengurangan Risiko Bencana (DRR), Air & Kesihatan, Pendidikan, Kehidupan Mampan, dan Program Bermusim (Ramadan),” jelas Zairulshahfuddin.
Selain itu, negara-negara yang menerima bantuan pek makanan ini telah memenuhi kriteria-kriteria tertentu iaitu:-
Bagi projek Ramadan kali ini, IRM menyediakan pakej sumbangan bermula serendah RM150 dan RM300, bermula pada 8 Mac 2019 sehingga 4 Jun 2019.
Agihan pek makanan Ramadan merupakan program bermusim yang dikelola oleh Islamic Relief dalam memberi bantuan makanan asas kepada penerima manfaat dari pelbagai negara untuk bekalan sepanjang bulan Ramadan. Ia meliputi makanan asas seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh, dan kurma. Pek makanan tersebut akan mengikuti keperluan asas negara masing-masing. Di Malaysia, IRM menyasarkan agihan sebanyak 7,387 pek makanan Ramadan di seluruh negara manakala 8,789 pek makanan di lebih 30 buah negara.
Tahun
Jumlah bantuan pek makanan IRM (2014 – 2019)
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.