Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
BANGLADESH, 8 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 15,926 orang terjejas susulan kebakaran yang berlaku di kem pelarian Balukhali di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 5 Mac lalu.
Insiden turut mengakibatkan 5,274 individu hilang tempat tinggal, manakala 2,805 kediaman dan 155 fasiliti rosak dan musnah.
Antara fasiliti yang terjejas ialah pusat kesihatan, masjid, sistem saliran air, pusat belia dan pembelajaran.
Bomba dan pihak berkuasa tempatan berjaya memadamkan kebakaran selepas 3 jam api mula marak.
Insiden kebakaran kerap berlaku di kem pelarian di Cox’s Bazar kerana kepadatan penduduk di kawasan terbabit.
Kebanyakan rumah yang mereka diami pula diperbuat daripada buluh dan kanvas.
Kakitangan Islamic Relief di Bangladesh kini sedang menjalankan penilaian keperluan mendesak untuk respon selanjutnya.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.