Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Bantuan untuk menangani kelaparan perlu disalurkan lebih awal sekiranya mahu benar-benar berkesan, Islamic Relief berkata ketika melancarkan hasil kajian terbaharunya dari Somalia sempena Hari Kelaparan Sedunia.
Sebanyak 80% rakyat Somalia yang ditinjau oleh Islamic Relief berkata bantuan kemanusiaan yang mereka terima daripada pelbagai organisasi antarabangsa dan tempatan hanya tiba selepas mereka kehilangan ladang, pekerjaan dan ternakan akibat kemarau serta konflik, selain terpaksa melarikan diri ke kem-kem besar untuk pelarian dalaman (IDP).
Laporan bertajuk “Di manakah kesilapan kita? Kitaran kronik kelaparan dan perpindahan” mendapati sistem bantuan kemanusiaan di Somalia dan negara-negara lain kini lebih tertumpu kepada pemberian bantuan kecemasan selepas masyarakat mula kebuluran dan kehilangan tempat tinggal. Namun, tindakan sering kali terlalu lambat untuk menghalang mereka daripada kehilangan sumber pendapatan dan kediaman sejak awal.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin bergantung kepada bantuan, dengan 70% penduduk kini hidup di bawah garis kemiskinan, serta terpaksa tinggal dalam kem-kem IDP untuk tempoh yang panjang, di mana peluang pekerjaan dan ruang untuk menghasilkan makanan sendiri amat terhad.
Laporan tersebut menegaskan bahawa tindakan awal dan pelaburan bagi melindungi sumber pendapatan serta membantu masyarakat kekal di tanah mereka adalah jauh lebih berkesan dan lebih menjimatkan dalam jangka panjang berbanding menyalurkan bantuan kecemasan selepas krisis berlaku. Pada masa yang sama, sistem makanan global juga perlu direka semula secara menyeluruh.
Di peringkat global, krisis kelaparan semakin memburuk. Bilangan individu yang berdepan tahap ketidakjaminan makanan yang tinggi telah meningkat lebih dua kali ganda sejak 2020, didorong oleh gabungan buruk perubahan iklim, konflik, peningkatan ketidaksamaan serta dasar global yang tidak adil.
Somalia kini antara yang berdepan krisis kelaparan paling serius di dunia – dengan 1 daripada setiap 5 penduduk berdepan tahap ketidakjaminan makanan yang tinggi, manakala 1.7 juta kanak-kanak berisiko mengalami kekurangan zat makanan akut pada tahun ini.
Negara tersebut baru-baru ini melalui kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun, diikuti banjir besar yang memusnahkan sehingga 90% tanaman dan ternakan di banyak komuniti.
Sevval Oz, penulis laporan Islamic Relief, berkata:
“Sistem kemanusiaan yang pada asalnya direka sebagai mekanisme sementara untuk menyalurkan bantuan kecemasan kini semakin terbeban apabila keperluan global meningkat dengan mendadak. “Pendekatan sementara yang pernah berkesan pada masa lalu tidak lagi memadai dalam menghadapi perubahan iklim yang ekstrem serta peperangan dan perpindahan berpanjangan yang menyebabkan kitaran penderitaan tanpa penghujung. Kita dapat melihat keadaan ini di Somalia, dan juga di tempat seperti Sudan dan Afghanistan. “Lebih banyak perhatian perlu diberikan kepada pembangunan jangka panjang yang bermaruah, yang menangani punca utama kemiskinan, khususnya konflik dan kejutan iklim, serta membantu masyarakat mencari jalan keluar daripada kebergantungan kepada bantuan makanan.”
“Sistem kemanusiaan yang pada asalnya direka sebagai mekanisme sementara untuk menyalurkan bantuan kecemasan kini semakin terbeban apabila keperluan global meningkat dengan mendadak.
“Pendekatan sementara yang pernah berkesan pada masa lalu tidak lagi memadai dalam menghadapi perubahan iklim yang ekstrem serta peperangan dan perpindahan berpanjangan yang menyebabkan kitaran penderitaan tanpa penghujung. Kita dapat melihat keadaan ini di Somalia, dan juga di tempat seperti Sudan dan Afghanistan.
“Lebih banyak perhatian perlu diberikan kepada pembangunan jangka panjang yang bermaruah, yang menangani punca utama kemiskinan, khususnya konflik dan kejutan iklim, serta membantu masyarakat mencari jalan keluar daripada kebergantungan kepada bantuan makanan.”
Antara individu yang ditemu bual untuk kajian Islamic Relief ialah Fatima, seorang ibu tunggal kepada empat orang anak yang kini tinggal di salah sebuah kem IDP yang luas di Somalia.
Beliau menjelaskan bagaimana cuaca ekstrem dan konflik telah memerangkap banyak keluarga di Somalia dalam kitaran kelaparan:
“Sebelum datang ke kem IDP, saya seorang petani. Saya dapat memperoleh hasil yang baik daripada ladang saya dan menjana keuntungan. “Namun, keadaan cuaca menjadi tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hujan tidak turun walaupun pada musim hujan. “Banjir pada tahun 2018 menghanyutkan semua barangan saya, termasuk rumah, dan membunuh ternakan saya. Kemudian, tanaman saya pula gagal akibat kemarau. “Saya terpaksa melarikan diri dari kampung dan meninggalkan ladang kerana kumpulan bersenjata meminta wang daripada saya, sedangkan saya tidak mampu membayarnya.”
“Sebelum datang ke kem IDP, saya seorang petani. Saya dapat memperoleh hasil yang baik daripada ladang saya dan menjana keuntungan.
“Namun, keadaan cuaca menjadi tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hujan tidak turun walaupun pada musim hujan.
“Banjir pada tahun 2018 menghanyutkan semua barangan saya, termasuk rumah, dan membunuh ternakan saya. Kemudian, tanaman saya pula gagal akibat kemarau.
“Saya terpaksa melarikan diri dari kampung dan meninggalkan ladang kerana kumpulan bersenjata meminta wang daripada saya, sedangkan saya tidak mampu membayarnya.”
Di kem tersebut, peluang pekerjaan amat terhad. Tidak lagi mampu bercucuk tanam, Fatima membasuh pakaian dan mencari kayu api bagi menyara keluarganya, namun pendapatan itu masih tidak mencukupi:
“Anak-anak saya meminta makanan, tetapi saya tidak mampu memberi mereka apa-apa. Pada mulanya, saya mengurangkan hidangan kami daripada tiga kepada dua kali sehari, kemudian daripada dua kepada sekali sehari. “Kini, saya dan anak-anak hanya makan sekali sehari, iaitu soor (bubur tepung jagung). Saya berasa sangat tertekan sehingga terlintas untuk menamatkan hidup apabila anak-anak meminta wang dan saya tidak memilikinya.”
“Anak-anak saya meminta makanan, tetapi saya tidak mampu memberi mereka apa-apa. Pada mulanya, saya mengurangkan hidangan kami daripada tiga kepada dua kali sehari, kemudian daripada dua kepada sekali sehari.
“Kini, saya dan anak-anak hanya makan sekali sehari, iaitu soor (bubur tepung jagung). Saya berasa sangat tertekan sehingga terlintas untuk menamatkan hidup apabila anak-anak meminta wang dan saya tidak memilikinya.”
Di Somalia, Islamic Relief menyediakan sokongan jangka panjang kepada komuniti petani dengan membantu mereka membentuk koperasi bagi berkongsi pengetahuan, menyediakan benih dan input pertanian lain, serta memulihkan infrastruktur pengairan.
Islamic Relief turut membantu pusat pemakanan dan menyalurkan bantuan kecemasan di kem-kem untuk pelarian dalam negara di bandar seperti Baidoa dan Mogadishu.
Laporan itu turut menekankan bagaimana dasar global memburukkan lagi ketidaksamaan dan kelaparan di negara seperti Somalia, yang mula mengalami tahap ketidakjaminan makanan yang lebih tinggi susulan campur tangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 1980-an.
Di peringkat global, keuntungan dalam sektor perniagaan pertanian telah meningkat dengan ketara, sedangkan semakin ramai manusia kini berdepan kelaparan.
Nota
Kajian Islamic Relief melibatkan 393 orang responden dari kawasan-kawasan di Somalia yang terjejas akibat kemarau, banjir dan konflik.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.