Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Kemasukan bantuan ke Gaza amat penting, namun 20 trak bantuan masih jauh daripada mencukupi. Lebih banyak bantuan diperlukan dan masa semakin suntuk untuk mengelakkan krisis kemanusiaan ini daripada terus bertambah buruk.
Skala kemusnahan di Gaza amat besar. Beberapa hospital telah ditutup, manakala hospital yang masih beroperasi terpaksa memilih pesakit yang akan menjalani pembedahan kerana bekalan semakin kehabisan.
Penduduk terpaksa beratur selama berjam-jam hanya untuk mendapatkan sedikit roti apabila bekalan makanan semakin berkurangan. Malah, mendapatkan air juga menjadi satu tugas yang hampir mustahil bagi kebanyakan penduduk sehingga memaksa ibu bapa memberikan air masin dan kotor kepada anak-anak mereka.
Kemusnahan berlaku di merata-rata tempat dan kira-kira 1 juta penduduk telah meninggalkan kediaman mereka serta sangat memerlukan tempat perlindungan.
Penduduk amat memerlukan lebih banyak bantuan dengan segera. Satu persetujuan perlu dicapai untuk menamatkan sekatan dan membenarkan aliran bantuan serta bekalan penting lain untuk orang awam memasuki Gaza secara berterusan. Jika tidak, lebih banyak nyawa akan terkorban.
Bantuan ini hanya dapat disalurkan dengan selamat sekiranya terdapat gencatan senjata. Selagi pengeboman berterusan, usaha untuk menyalurkan bantuan kekal amat sukar dan berbahaya. Ramai pekerja kemanusiaan telah terkorban, manakala ramai lagi sedang berusaha menyalurkan bantuan dalam keadaan mereka sendiri turut kehilangan tempat tinggal.
Pada masa ini, persetujuan yang dicapai hanya membenarkan kemasukan sejumlah bekalan makanan, air dan perubatan yang semuanya amat diperlukan. Namun, penduduk juga memerlukan bahan api yang masih belum mendapat kelulusan untuk dibawa masuk. Tanpa bahan api, hospital tidak mempunyai bekalan elektrik untuk memastikan peralatan yang menyelamatkan nyawa terus berfungsi, manakala sistem bekalan air pula tidak dapat mengepam air bersih dan selamat.
Teruskan menyokong Rayuan Palestin. Sumbang Sekarang!/ Donate Now!
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.