Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Selepas gencatan senjata dihentikan, amat mengejutkan apabila pembunuhan dan kemusnahan kembali berlaku, seolah-olah tiada apa-apa yang berubah.
Sebelum gencatan sementara, seorang kanak-kanak di Gaza terbunuh hampir setiap 10 minit. Perkara ini tidak dapat diterima apabila masyarakat antarabangsa kini hanya berdiam diri dan membiarkan pertumpahan darah ini terus berlaku. Lebih 15,000 orang telah terbunuh dan kini nyawa ribuan lagi orang awam yang tidak bersalah berada dalam bahaya yang sangat dekat.
Bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza sejak beberapa hari lalu masih jauh daripada mencukupi untuk menangani bencana kemanusiaan ini. Kini, ramai orang awam berisiko meninggal dunia akibat kebuluran dan penyakit, selain kembali terdedah kepada pengeboman.
Pagi ini, kami menerima laporan bahawa Israel sekali lagi mengarahkan penduduk meninggalkan beberapa kawasan di Khan Younis di selatan Gaza. Namun, tiada tempat yang benar-benar selamat untuk mereka pergi.
Orang awam dibom jika mereka kekal di tempat asal dan turut dibom ketika berpindah. Arahan untuk berpindah tidak menggugurkan tanggungjawab Israel di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk memastikan perlindungan terhadap orang awam yang tidak dapat atau memilih untuk tidak meninggalkan kediaman mereka.
Sekali lagi, kami merayu kepada para pemimpin dunia untuk menuntut gencatan senjata yang berkekalan serta menamatkan sekatan Israel.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.