KLANG, 14 Oktober 2026 – Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) telah mengadakan kunjungan ke kediaman sebuah keluarga penerima manfaat iaitu Puan Jalina dan Encik Adi bagi meluangkan masa bersama mereka dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Kunjungan yang disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Siti Fadilah Mohd Hood, Ketua Bahagian Pembangunan Dana, Zulkepli Mad Yatim, Ikon Kemanusiaan, Diana Amir serta kakitangan IR Malaysia ini turut diiringi oleh ketua kampung, Encik Arif yang membawa rombongan ke kediaman pasangan suami isteri berkenaan.

Pasangan tersebut sebelum ini menetap di sebuah pondok kecil berhampiran yang uzur dan kurang sempurna.

Alhamdulillah, hasil keprihatinan seorang individu yang tampil menghulurkan bantuan, mereka kini dapat tinggal di sebuah rumah yang lebih selesa.

Walaupun diuji masalah kesihatan dan penglihatan, Puan Jalina kekal positif menerima takdir yang ditentukan. Sifatnya yang sentiasa tersenyum dan suka bersembang menjadikan pertemuan ini sangat istimewa bagi kesemua ahli rombongan.

Dalam kunjungan ini, IR Malaysia membawa juadah makanan untuk dinikmati bersama pasangan tersebut. Mengetahui bahawa Puan Jalina menggemari ayam goreng, IR Malaysia turut membawa hidangan kegemarannya sebagai tanda ingatan dan keprihatinan.

Kunjungan ini bukan hanya sebuah pertemuan, tetapi juga ruang untuk beramah mesra, berkongsi cerita dan mengeratkan hubungan bersama keluarga yang pernah menerima bantuan qurban daripada IR Malaysia.

IR Malaysia percaya bahawa usaha kemanusiaan bukan hanya tentang menyampaikan bantuan, tetapi juga tentang membina hubungan, menghargai setiap insan dan memastikan mereka terus merasai keprihatinan masyarakat.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG