Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia tampil prihatin memperkenalkan kempen Rezeki Bersama dengan tagline #kitakasihkitakongsi bermula 18 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022.
Projek ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 sebagai permulaan.
Inisiatif ini dilaksanakan sebagai intervensi jangka masa pendek, juga alternatif sementara untuk keluarga yang terputus bekalan makanan mendapatkan akses keperluan asas dengan segera.
Bantuan bernilai RM250 akan diberikan dalam bentuk baucar tunai bagi keluarga terjejas kewangan dari golongan B40 dan ke bawah yang tinggal di semenanjung, manakala untuk Sabah dan Sarawak pula, kaedah pelaksanaan bantuan menggunakan pek makanan.
Penawaran dua kaedah berbeza ini adalah mengikut keperluan semasa untuk memudahkan para penerima bantuan berdasarkan hasil penilaian yang dijalankan kakitangan Islamic Relief di lapangan.
“Melihat kepada peningkatan kes-kes masalah mental sehingga dua ke tiga kali ganda ketika pandemik berbanding sebelumnya, kami sangat khuatir keadaan ini akan menjadi lebih kritikal ekoran isu kenaikan harga barang juga tekanan kos sara hidup yang tinggi. “Kami maklum, semua orang di saat ini sedang terjejas dari sudut kewangan, namun tahap kepayahan yang kita lalui berbeza-beza. Jadi, Islamic Relief cuba untuk mengajak masyarakat menzahirkan empati dengan berkongsi rezeki bersama-sama. “Kadangkala, kita memberi bukan kerana kita kaya, tetapi kerana kita faham betapa sukarnya meneruskan hidup dengan perut yang kosong dan tiada tempat untuk bergantung harap,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia.
“Melihat kepada peningkatan kes-kes masalah mental sehingga dua ke tiga kali ganda ketika pandemik berbanding sebelumnya, kami sangat khuatir keadaan ini akan menjadi lebih kritikal ekoran isu kenaikan harga barang juga tekanan kos sara hidup yang tinggi.
“Kami maklum, semua orang di saat ini sedang terjejas dari sudut kewangan, namun tahap kepayahan yang kita lalui berbeza-beza. Jadi, Islamic Relief cuba untuk mengajak masyarakat menzahirkan empati dengan berkongsi rezeki bersama-sama.
“Kadangkala, kita memberi bukan kerana kita kaya, tetapi kerana kita faham betapa sukarnya meneruskan hidup dengan perut yang kosong dan tiada tempat untuk bergantung harap,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.