Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) hari ini melancarkan tabung kecemasan ‘Morocco Earthquake’ dengan sasaran dana sebanyak RM200,000.
Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir berkata, dana tersebut akan disalurkan ke ibu pejabat Islamic Relief (IR) untuk digunakan bagi membantu penduduk Maghribi yang terjejas akibat gempa bumi yang berlaku pada 8 September 2023.
“Pada ketika ini, seluruh pejabat pengumpulan dana IR sedang giat menjalankan kempen bantuan untuk Maghribi bagi mengumpul dana dan membantu mereka yang terjejas di sana. “Melalui maklumat yang kami terima daripada pasukan IR yang berada di lokasi kejadian, antara keperluan mendesak ketika ini adalah makanan, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan. “Justeru, IR Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk menyokong usaha ini dan menyumbang kepada tabung kecemasan ‘Morocco Earthquake’ demi kelangsungan hidup mereka,” katanya.
“Pada ketika ini, seluruh pejabat pengumpulan dana IR sedang giat menjalankan kempen bantuan untuk Maghribi bagi mengumpul dana dan membantu mereka yang terjejas di sana.
“Melalui maklumat yang kami terima daripada pasukan IR yang berada di lokasi kejadian, antara keperluan mendesak ketika ini adalah makanan, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan.
“Justeru, IR Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk menyokong usaha ini dan menyumbang kepada tabung kecemasan ‘Morocco Earthquake’ demi kelangsungan hidup mereka,” katanya.
Gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Maghribi pada Jumaat malam telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dan angka ini dijangka akan terus meningkat dari masa ke masa.
Kejadian itu telah mengakibatkan kemusnahan pada jalan raya dan bangunan termasuk di Tapak Warisan Dunia UNESCO di bandar bersejarah Marrakech.
Sebagai tindak balas terhadap bencana ini, IR telah berada di lapangan sejak hari kedua kejadian bagi meninjau dan membuat penilaian mengenai keperluan semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa dan NGO tempatan untuk menyampaikan bantuan.
Secara global, IR melancarkan tabung rayuan kecemasan bernilai RM58.5 juta dan sumbangan akan dikumpulkan melalui pejabat-pejabat IR seperti IR UK, IR USA, IR Canada, IR Australia, IR Spain dan lain-lain termasuk IR Malaysia.
IR mempunyai pengalaman yang meluas dalam menangani bencana di seluruh dunia. Dalam kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria pada Februari 2023, IR telah membantu lebih daripada 1 juta orang melalui pelbagai bentuk bantuan.
Orang ramai yang ingin menyumbang untuk ‘Morocco Earthquake’ boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.