Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) tahun ini sekali lagi membuka peluang kepada masyarakat prihatin untuk melaksanakan ibadah korban melalui kempen Rezeki Qurban yang dibawakan dengan slogan #zahirkankesyukuran.
Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir berkata, pihaknya membuka penyertaan sebanyak 677 bahagian korban dalam kempen Rezeki Qurban tahun ini.
“Setiap tahun, IR Malaysia komited untuk menjadikan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya lebih bermakna. Mereka berpeluang melaksanakan ibadah korban disamping membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban. “Tahun ini, bermula dengan penyertaan serendah RM375 satu bahagian, IR Malaysia bakal melaksanakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam ini di enam buah negara konflik iaitu Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Palestin,” katanya.
“Setiap tahun, IR Malaysia komited untuk menjadikan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya lebih bermakna. Mereka berpeluang melaksanakan ibadah korban disamping membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban.
“Tahun ini, bermula dengan penyertaan serendah RM375 satu bahagian, IR Malaysia bakal melaksanakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam ini di enam buah negara konflik iaitu Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Palestin,” katanya.
Tambah Mohd Shukor lagi, dalam usaha memastikan penerima sumbangan daging korban adalah mereka yang benar-benar layak, proses penilaian dan pemilihan penerima manfaat daging korban yang dilaksanakan Islamic Relief adalah berpandukan 19 kriteria. Antaranya, isi rumah yang diketuai oleh ibu tunggal, orang tua dan OKU, ketua keluarga yang bergantung harap dengan pendapatan gaji harian, isi rumah yang hidup di bawah paras kemiskinan, penduduk yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh, wanita mengandung dan menyusu, warga emas, anak yatim, komuniti atau etnik yang terpinggir, pelarian dalam negara (IDP) dan lain-lain.
“Asas pemilihan negara-negara bagi pelaksanaan korban yang ditawarkan Islamic Relief antaranya meliputi aspek ekonomi sesebuah negara, di mana penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, negara yang berdepan krisis dan konflik kemanusiaan berpanjangan serta penduduk di negara yang berdepan masalah kekurangan zat makanan atau malnutrisi,” kongsi Mohd Shukor.
Setiap keluarga terpilih akan menerima kira-kira antara 2 kilogram hingga 4 kilogram daging korban yang dijangka boleh bertahan bagi tempoh satu minggu.
Jenis haiwan korban pula adalah berbeza mengikut negara terlibat antaranya lembu, kambing atau biri-biri.
Selain penyertaan ibadah korban, IR Malaysia juga menyeru kepada semua untuk menyumbang serendah RM10 melalui pakej Sedekah Qurban.
Orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban bersama IR Malaysia, boleh membuat pendaftaran terus ke laman sesawang www.islamic-relief.org.my sehingga 23 Jun 2023 atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.
Tahun lalu, secara keseluruhan, Islamic Relief telah menyantuni lebih 4 juta individu penerima manfaat di 28 buah negara dengan edaran daging korban sebanyak 735,433 pek.
Melalui penyertaan bersama IR Malaysia pula, sebanyak 19,802 individu penerima manfaat di 29 buah negara disantuni melalui edaran 2,886 pek daging korban.
Pakej Rezeki Qurban 2023:
RM375 – Mali
RM450 – Malawi
RM500 – Somalia
RM1,200 – Yaman
RM1,600 – Syria
RM2,400 – Palestin (Gaza)
Sedekah Qurban – Sumbangan serendah RM10
* Harga termasuk kos seliaan dan pengurusan aktiviti korban
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.