Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief amat terkejut dengan peningkatan beberapa siri keganasan dan serangan terbaharu terhadap penduduk Palestin di Jerusalem Timur, yang menjadikan ia kekerasan terburuk selama tempoh beberapa tahun ini.
Baru-baru ini, pihak Israel telah menyerbu perkarangan Haram al-Sharif dan mencederakan jemaah yang sedang mengerjakan solat di Masjid Al-Aqsa. Sehingga hari ini, ratusan penduduk Palestin dilaporkan tercedera.
Tufail Hussain, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Worldwide, berkata:
“Kami merasa bimbang apabila menerima laporan yang mengatakan bahawa tentera menembak peluru getah dan gas pemedih mata kepada para jemaah yang sedang bersembahyang di Al-Aqsa iaitu tempat ketiga paling suci dalam Islam dan ia berlaku di dalam bulan Ramadan yang mulia. Seharusnya, hak insan untuk beribadah dengan bebas dan selamat perlu dijunjung dan dipelihara oleh semua tanpa mengira agama!
“Dalam beberapa hari ini, kanak-kanak adalah antara ratusan yang tercedera dan ramai yang dikejarkan ke hospital.
“Kami mengutuk semua kekerasan yang dilakukan terhadap orang awam. Kami juga mengecam usaha mengusir keluar keluarga Palestin secara paksa dari kediaman mereka di kawasan Syekh Jarrah di Jerusalem Timur dan menggantinya dengan penempatan Israel. Kami meminta pemerintah Israel untuk segera menghentikan pengusiran seperti itu, yang telah diperingatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, dan kami meminta PBB dan pihak berpengaruh yang lain untuk menyediakan bantuan kemanusiaan yang bersesuaian untuk semua yang terkesan akibat keganasan baru-baru ini.”
Ribuan penduduk Palestin di Jerusalem Timur menghadapi beberapa ancaman yang berterusan seperti diusir dari kediaman mereka, dirobohkan rumah atau kehilangan status tempat tinggal. Pada suku pertama 2021, pihak berkuasa Israel telah merobohkan 292 bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat, termasuk Jerusalem Timur – lebih dari dua kali ganda pada tahun 2020. Pada masa yang sama, penempatan Israel di Jerusalem Timur terus berkembang.
Penjajahan Israel secara sistematik telah mengambil Jerusalem Timur dari wilayah Tebing Barat yang lain, melanggar hak asasi manusia dan meningkatkan kadar kemiskinan. Pergerakan penduduk Palestin dikawal dan disekat sepenuhnya menyebabkan beberapa urusan harian terjejas, termasuk menziarahi keluarga, aktiviti keagamaan, urusan jual beli di pasar serta mengakibatkan kehilangan mata pencarian. Jerusalem Timur merekodkan tahap kemiskinan yang tinggi kesan daripada penjajahan ini.
Kakitangan Islamic Relief di Gaza melaporkan bahawa sejak beberapa hari ini, keadaan di Gaza juga semakin buruk apabila ketegangan meningkat di seluruh wilayah Palestin. Islamic Relief menggesa keganasan dihentikan oleh kedua-dua pihak agar sekatan di Gaza diakhiri.
Islamic Relief telah beroperasi di Palestin sejak tahun 1997. Pada tahun 2020 sahaja, Islamic Relief telah membantu kira-kira 400,000 orang melalui projek-projek di Gaza seperti rawatan perubatan, akses pendidikan dan latihan kemahiran untuk para belia.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.