Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
AFGHANISTAN, 3 Jun 2022 – Islamic Relief telah mengagihkan sebanyak 60,670 kilogram benih, 28,225 kilogram baja dan 600 peralatan pertanian di wilayah Balkh, Bamiyan, Herat dan Nangarhar menerusi projek sokongan mata pencarian pada Mei 2022.
Bantuan tersebut bertujuan membantu penerima manfaat menjana pendapatan serta menghasilkan sumber makanan sendiri.
Selain sumbangan tersebut, Islamic Relief turut menyediakan 1,539 ekor kambing, 153.9 tan makanan ternakan dan 6,600 peralatan pertanian bagi membantu mengukuhkan sumber ekonomi masyarakat yang terjejas.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha membantu masyarakat menghadapi kenaikan berterusan harga barangan makanan asas, ketika masalah kelaparan semakin meruncing.
Menurut Integrated Food Security Phase Classification (IPC), hampir 20 juta penduduk Afghanistan berada dalam kategori krisis atau kecemasan kekurangan makanan, iaitu Fasa 3 atau 4, manakala kira-kira 20,000 orang berada dalam Fasa 5 yang dikategorikan sebagai kebuluran.
Sejak Ogos 2021, Islamic Relief telah mengagihkan 59,820 pek makanan, 2,630 kit penyimpanan air, 4,875 kit kebersihan, 7,617 kit persediaan musim sejuk dan 2,600 barangan bukan makanan kepada masyarakat di Afghanistan.
Selain itu, Islamic Relief turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi sokongan psikososial dan masalah kekurangan zat makanan, mengagihkan kit keperluan bayi baru lahir dan kit pencegahan jangkitan COVID-19, serta menyediakan bantuan tunai bagi perkhidmatan rujukan kesihatan.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.