Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
SUDAN, 18 Januari 2021 – Angka pelarian Ethiopia yang berjaya melepasi sempadan Sudan dan mendaftar di bawah Suruhanjaya Pelarian Sudan (COR) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) setakat 6 Januari meningkat seramai 56,548 orang.
Kakitangan Islamic Relief di lapangan kini giat menyalurkan bantuan untuk para pelarian Ethiopia.
Sebanyak 1,280 kit kebersihan telah diedarkan di Kem Um Raquba menerusi projek Rapid Response Mechanism (RRM) dan 240 bantuan barangan bukan makanan (NFI) dihantar ke wilayah Gadaref, Sudan.
Pengurus projek dan koordinator bagi sektor bantuan air, sanitasi dan kebersihan (WASH) juga sudah mengadakan perbincangan bersama UNHCR dan COR bagi memutuskan tapak yang bersesuaian untuk menjadi lokasi pembinaan tandas dan tangki air di kem Um Raquba dan Tunaydbah.
Kerja-kerja pembinaan projek telah bermula sejak minggu lalu.
Sebanyak 4,050 tablet penyulingan air turut diedarkan oleh ahli jawatankuasa kempen pembersihan selepas menjalankan sesi taklimat mengenai fungsi dan kaedah penggunaan bahan tersebut.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.