Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
24.3 juta orang bersamaan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan 30.5 juta populasi penduduk Yaman dijangka terus memerlukan bantuan kemanusiaan sekiranya konflik peperangan di negara tersebut masih berlarutan.
Yaman, antara salah satu negara termiskin di wilayah Arab berdepan krisis kemanusiaan paling buruk sejak konflik bersenjata bermula pada Mac 2015. Krisis selama 5 tahun itu telah memusnahkan kebanyakan infrastruktur di Yaman termasuk pusat-pusat kesihatan dan melumpuhkan akses keperluan asas seperti makanan, kesihatan, nutrisi, penempatan, pendidikan, air & sanitasi serta jaringan keselamatan sosial.
Bukan itu sahaja, konflik berpanjangan itu juga turut menyebabkan lebih 100,000 orang maut, lebih 3 juta penduduk Yaman menjadi pelarian di negara sendiri, 20.1 juta rakyat menderita kelaparan, manakala 3 juta lagi kanan-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu kekurangan nutiri makanan dan gizi seimbang.
Lebih memburukkan keadaan, wabak kolera masih berlarutan dan terbaharu, penyebaran Covid-19 turut menjangkiti penduduk Yaman sehingga mengakibatkan kematian.
Sehubungan itu, pada 23 Jun 2020, Islamic Relief Malaysia telah melancarkan kempen Dariku Untukmu…Selamatkan Mereka! YAMAN bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM300,000 bagi membantu rakyat Yaman.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, bantuan yang bakal diberikan menjurus kepada tiga sektor utama iaitu makanan, air, sanitasi & kebersihan serta barangan bukan makanan (NFIs).
“Pada ketika ini, seluruh pejabat pengumpulan dana Islamic Relief sedang giat menjalankan kempen bantuan untuk Yaman bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu dan situasi semasa yang berlaku di Yaman sekaligus mengumpul dana bagi membantu mereka yang terjejas di sana.
“Situasi yang semakin memburuk di Yaman menyukarkan penduduk Yaman untuk mendapatkan bekalan makanan apatah lagi sumber air yang bersih. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ayuh bersama-sama kita menyumbang untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Worldwide, Naser Haghamed, situasi Covid-19 memburukkan lagi keadaan apabila jutaan rakyat Yaman tidak lagi dapat bekerja bagi menampung kehidupan akibat pelaksanaan langkah pencegahan yang ketat.
“Saya masih ingat lagi ketika saya melawat Yaman tahun lalu. Kanak-kanak yang saya temui kelihatan sangat lemah dan ada juga yang menangis kerana terlalu lapar. Sedangkan kaum ibu pula kekurangan zat makanan untuk menyusui anak mereka. Sehingga kini, wajah-wajah mereka masih menghantui diri saya.
“Sejarah tidak akan melupakan atau memaafkan kita. Kita mempunyai semua kekuatan termasuk kewangan, teknologi dan sumber lain untuk mengakhiri konflik ini, tetapi kita belum lagi memenuhi piawaian asas kemanusiaan dan martabat manusia. Hanya penyelesaian yang adil dan berpanjangan yang dapat membawa perubahan dan membantu untuk memastikan rakyat Yaman akhirnya dapat mengakhiri penderitaan mereka,” tambah Naser.
Islamic Relief telah memberi bantuan kepada lebih 3.4 juta orang di Yaman pada tahun 2019 meliputi bantuan makanan, air, sanitasi & kebersihan, penjagaan kesihatan & nutrisi, penajaan anak yatim & kebajikan kanak-kanak, barangan bukan makanan serta kehidupan melibatkan keseluruhan 69 projek.
Sektor
Bilangan Projek
Keselamatan Makanan
4
32
Kesihatan
13
Penajaan Anak Yatim & Kebajikan Kanak-Kanak
6
Air, Sanitasi & Kebersihan
10
“Ketika serangan udara berlaku, kami berjaya melarikan diri dari kampung dengan hanya pakaian yang ada di badan kami. Kami berjalan jauh sebelum ada insan yang sudi membawa dan menurunkan kami di kota Al-Hudaidah.” – Ahmed, 55 tahun.
Ahmed dan keluarga terpaksa meninggalkan kediaman mereka di kampung Mandhar akibat satu serangan udara sehingga memusnahkan rumah mereka. Lebih mendukacitakan, kesemua harta benda mereka telah dicuri. Kini, Ahmed dan sembilan ahli keluarganya menumpang di sebuah rumah sewa satu bilik di kota tersebut.
Ahmed telah menganggur selama 18 tahun dan mempunyai kecacatan di tangan kiri. Ahmed tidak dapat menggerakkan tangan kiri dan memerlukan pembedahan sementara isterinya juga mengalami masalah kesihatan namun Ahmed tidak mampu membiayai kos rawatan mereka berdua.
Ahmed dan keluarganya merupakan penerima bantuan makanan setiap bulan daripada Islamic Relief dengan kerjasama Program Makanan Sedunia (WFP).
***
Sebarang sumbangan atau bantuan untuk projek kemanusiaan Yaman boleh dilakukan di laman sesawang Islamic Relief Malaysia, www.islamic-relief.org.my atau untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian tetap, +603-8926 3434.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.