AFGHANISTAN, 11 Ogos 2022 – Sebanyak 925 buah keluarga yang terjejas akibat kejadian gempa bumi di Paktika, Afghanistan Jun lalu telah menerima sumbangan pek makanan dan kit kebersihan daripada Islamic Relief.

Selain itu, Islamic Relief turut merangka pelan bantuan bagi fasa pemulihan dan pembangunan semula kehidupan selepas bencana, menerusi projek di bawah sektor kehidupan mampan.

Secara keseluruhan, Islamic Relief mempunyai lebih 20 buah projek yang sedang berjalan di Afghanistan.

Setakat ini, penduduk setempat masih lagi berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, perkhidmatan asas serta kehilangan sumber pendapatan ekoran situasi semasa yang masih belum stabil.

Krisis sistem perbankan juga masih menjadi masalah utama di Afghanistan, hingga mengakibatkan harga barangan serta kadar tukaran mata wang mempengaruhi kadar turun naik kos bahan mentah di pasaran.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG