Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief melancarkan tabung rayuan kecemasan global sebanyak RM103 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan segera buat penduduk yang terjejas gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Kejadian ngeri itu dialami sendiri oleh kakitangan Islamic Relief di lapangan yang turut menyaksikan orang ramai terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan kanak-kanak terpisah daripada keluarga mereka dalam keadaan huru-hara.
Lebih 4,300 orang dilaporkan terkorban setakat ini dan angka kematian dijangka terus meningkat setiap jam.
Dua gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud yang direkodkan paling teruk melanda Turkiye dalam tempoh 20 tahun dan paling teruk menjejaskan Syria selama lebih satu abad telah meragut nyawa serta memusnahkan rumah, hospital, sekolah, masjid dan infrastruktur lain.
Di barat laut Syria, Islamic Relief menyediakan bekalan perubatan segera untuk membantu hospital dan klinik, serta selimut dan khemah untuk mereka yang kini tiada tempat tinggal di tengah musim sejuk yang membekukan manakala di tenggara Turkiye, Islamic Relief akan menyediakan baucar tunai kepada penduduk terjejas.
Komuniti yang terjejas di barat laut Syria sangat memerlukan bantuan kemanusiaan kerana peperangan dan krisis kemanusiaan selama bertahun-tahun telah memusnahkan infrastruktur penting dan menyebabkan berjuta-juta orang berada dalam kemiskinan tegar.
Mohammed Hamza, Ketua, Pejabat Islamic Relief di Idlib, barat laut Syria, menyaksikan kemusnahan secara langsung:
“Kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi dan saya terjaga apabila rumah bergegar kiri dan kanan. Semua benda di sekeliling bergegar dan batu bata jatuh. Rasanya seperti hari kiamat dan segala-galanya musnah sepenuhnya. Isteri saya menjerit dan saya pergi melihat anak-anak saya tetapi saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Kami melarikan diri ke luar dan melihat beribu-ribu orang di jalanan dalam keadaan sehelai sepinggang. Orang ramai menjerit mencari anak mereka yang hilang. Ramai yang terpisah dan kehilangan ahli keluarga. “Banyak bangunan musnah sama sekali dan saya melihat berpuluh-puluh orang terperangkap di bawah runtuhan. Orang ramai cuba menyelamatkan mereka. Ramai masih berada di jalanan dan tidak berani pulang ke rumah kerana takut dengan gegaran susulan. “Pasukan Islamic Relief kini mengedarkan selimut, cadar dan tilam tetapi stok bantuan ini akan habis dalam hari ini dan kami memerlukan lebih banyak lagi stok secepat mungkin. Antara barangan yang diperlukan segera adalah khemah, makanan dan selimut. Hospital pula dibanjiri dengan mereka yang tercedera jadi kami membantu mereka dengan ubat-ubatan dan bekalan lain.”
“Kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi dan saya terjaga apabila rumah bergegar kiri dan kanan. Semua benda di sekeliling bergegar dan batu bata jatuh. Rasanya seperti hari kiamat dan segala-galanya musnah sepenuhnya. Isteri saya menjerit dan saya pergi melihat anak-anak saya tetapi saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Kami melarikan diri ke luar dan melihat beribu-ribu orang di jalanan dalam keadaan sehelai sepinggang. Orang ramai menjerit mencari anak mereka yang hilang. Ramai yang terpisah dan kehilangan ahli keluarga.
“Banyak bangunan musnah sama sekali dan saya melihat berpuluh-puluh orang terperangkap di bawah runtuhan. Orang ramai cuba menyelamatkan mereka. Ramai masih berada di jalanan dan tidak berani pulang ke rumah kerana takut dengan gegaran susulan.
“Pasukan Islamic Relief kini mengedarkan selimut, cadar dan tilam tetapi stok bantuan ini akan habis dalam hari ini dan kami memerlukan lebih banyak lagi stok secepat mungkin. Antara barangan yang diperlukan segera adalah khemah, makanan dan selimut. Hospital pula dibanjiri dengan mereka yang tercedera jadi kami membantu mereka dengan ubat-ubatan dan bekalan lain.”
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.