Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Pertubuhan Ukhwah 4 Ummah (U4U) hari ini melancarkan Projek Squad Celebrity Global Volunteers bagi meraih dana kemanusiaan sebanyak RM2.4 juta.
Projek yang dibarisi 12 selebriti tempatan itu memberi fokus kepada empat projek pembangunan IRM di Malawi, Bosnia & Herzegovina, India dan Filipina.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin dan Presiden U4U, Mohamad Sharudin Dawam.
Menurut Zairulshahfuddin, IRM mengatur pelbagai pendekatan berbeza setiap tahun bagi mendekati masyarakat dan menyampaikan kempen kesedaran mengenai isu-isu kemanusiaan yang berlaku di peringkat global.
“Sejajar dengan visi IRM yang ingin mewujudkan dunia yang prihatin, IRM tahun ini menggembeleng usaha bersama pihak U4U dalam memastikan 12 selebriti ini menyelami kehidupan dan penderitaan yang dilalui oleh penerima manfaat di empat buah negara sekaligus dapat menyebarkan mesej kemanusiaan tersebut kepada masyarakat.
“Empat projek yang bakal disertai pihak IRM, U4U dan selebriti itu adalah “School 4 Godda” di India, “Tabang 4 Marawi” di Filipina, “Water 4 Malawi” di Malawi dan “Misija 4 Bosnia” di Bosnia & Herzegovina,” tambah Zairulshahfuddin.
Keempat-empat projek ini mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga diangkat menjadi empat kempen utama bagi projek ini. Ia meliputi sektor bantuan bekalan air bersih, pendidian dan bantuan mangsa peperangan.
Dalam majlis pelancaran itu, IRM dan U4U memperkenalkan barisan selebriti terlibat seperti Irma Hasmie, Redza Shah, Lufya Omar, Diana Amir, Farah Lee, Ashraf Muslim, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman, Lah Ahmad, Nadia Sabrina dan Dhirar Zainal.
Projek Squad Celebrity Global Volunteers ini bakal memberi impak kepada 9,880 penerima manfaat di keempat-empat buah negara.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.