Berlandaskan nilai keadilan sosial yang menjadi pemacu utama dalam menunaikan tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan, Islamic Relief Malaysia (IRM) menyantuni dan meraikan seramai 70 penerima manfaat di pusat jagaan Lovely Nursery Centre menerusi program Share The Joy 2019.

Uniknya, program yang disambut sempena Tahun Baharu Cina itu turut melibatkan ibu tunggal, anak yatim, warga emas, pesakit kritikal, Orang Kurang Upaya (OKU), dan penerima manfaat lain yang tinggal di pusat jagaan itu. Penghuni rumah tersebut meliputi pelbagai bangsa iaitu Cina, India, dan Melayu berumur lingkungan 23 sehingga 94 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin menegaskan bahawa sambutan Tahun Baharu Cina disambut setiap tahun selaras dengan misi kemanusiaan IRM itu sendiri yang menyantuni penerima manfaat tanpa mengenal bangsa, agama, dan umur.

“Sambutan Tahun Baharu Cina ini adalah program tahunan kami yang sebenarnya kita tunaikan atas dasar misi kemanusiaan tanpa melihat warna kulit, kepercayaan, umur dan juga jantina.

“Ia juga bertujuan untuk membina hubungan yang lebih rapat antara komuniti bangsa Cina dengan kakitangan IRM termasuklah para sukarelawan kami dalam mewujudkan suasana harmoni memandangkan Malaysia adalah negara majmuk yang merangkumi pelbagai kaum.

“Kami juga ingin memastikan bahawa amanah dan tanggungjawab yang digalas dapat disalurkan kepada penerima manfaat yang kurang bernasib baik agar mereka terus disantuni dan mendapat perhatian masyarakat sekeliling,” jelas Zairulshahfuddin mengenai program Share The Joy.

Sepanjang program Share The Joy berlangsung, ia turut diserikan dengan kemeriahan aktiviti-aktiviti menarik termasuklah manicure, gunting rambut bagi lelaki, origami, boling, hiasan kek muffin, tulisan kaligrafi Cina, dan aktiviti kecantikan.

Ikon Kemanusiaan IRM, Irma Hasmie dan Kumpulan Saujana turut hadir bagi memeriahkan program tersebut sekaligus menyemarakkan lagi semangat kemanusiaan untuk terus menyantuni penerima manfaat.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG