Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Ekoran gempa bumi dengan skala 6.4 magnitud yang menggegar Lombok, Indonesia pada 29 Julai lalu, Islamic Relief Malaysia (IRM) mengambil langkah proaktif melancarkan tabung Rayuan Kecemasan Lombok pada 7 Ogos 2018.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, IRM menyasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada penduduk terjejas di Mukim Tanjung, Daerah Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat.
“Melalui penilaian dan tinjauan yang dilakukan, dana terkumpul ini akan digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti tarpaulin (khemah), selimut, air mineral, dan pek makanan.
“Sejak gempa bumi pertama berlaku, Islamic Relief Indonesia (IR Indonesia) telah menghantar pasukan penyelamat di Kawasan Gunung Rinjani dan Hospital Lombok diikuti dengan pasukan misi bantuan di Lombok Utara.
“Ketika ini, Pengarah Negara IR Indonesia, Nanang Dirja juga berada di lapangan untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan agihan bantuan,” jelas Zairulshahfuddin.
Susulan beberapa siri gempa bumi di Lombok sejak 29 Julai lalu, ia telah mengorbankan puluhan nyawa manakala ratusan lagi tercedera dan memberi impak kepada 500,000 penduduk Lombok.
Sehingga kini, IR Indonesia bekerjasama dengan dua NGO tempatan, KONSEPSI dan KOSLATA untuk menghulurkan bantuan di Kampung Tegal Maja dan Kampung Sokong di Mukim Tanjung.
Islamic Relief mula beroperasi di Indonesia sejak tahun 2000 dan telah mewujudkan pejabat pertama di Jakarta pada 2003.
Sejak ditubuhkan, IR Indonesia telah memberi bantuan kepada rakyat Indonesia melalui pelbagai sektor seperti kecemasan, kehidupan mampan, pendidikan, penajaan Al-Yateem dan pelbagai lagi.
IR Indonesia juga merupakan antara NGO terawal yang menghantar pasukan bantuan ketika bencana tsunami 2004 di Aceh dan gempa bumi di Yogyakarta pada 2006.
Melalui Memorandum Persefahaman (MOU) antara IR Indonesia dan Kementerian Dalam Negeri, IR Indonesia diberi mandat untuk beroperasi di lima Wilayah: Nangroe Aceh Darusallam (NAD), Sumatera Barat, Jawa Barat, Nusa Tenggara Barat dan Banten.
Di Lombok, IR Indonesia telah beroperasi sejak 2013 menerusi projek-projek utama seperti berikut:
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.