Menyedari akan kepentingan ibadah korban yang amat digalakkan di dalam Islam, Islamic Relief Malaysia (IRM) sekali lagi melancarkan kempen Qurbani Care4Hunger pada 14 Jun lalu.

Kempen yang dijalankan setiap tahun itu bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai melaksanakan ibadah korban melalui IRM dan rangkaian Islamic Relief (IR) lain seperti Somalia, Mali, Yaman, Syria dan lain-lain.

Tahun ini, lebih 3.3 juta penerima manfaat di seluruh dunia disasarkan bakal menerima sumbangan daging korban melibatkan 173,794 bahagian korban.

Melalui penyertaan bersama IRM, sebanyak 1,913 bahagian korban akan diagihkan kepada penerima manfaat di 34 buah negara termasuk Malaysia.

Orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban bersama IRM boleh terus ke laman sesawang; www.islamic-relief.org.my untuk membuat pendaftaran. Harga bagi setiap penyertaan bahagian korban berbeza mengikut negara bermula dari RM300 hingga RM1,700:

Kumpulan Harga Negara
A RM300 Chad, Niger, Mali & Malawi
B RM430 Somalia, Kenya, Sri Lanka, Zimbabwe, Ethiopia, Nepal,

Sudan, Myanmar & Bangladesh

C RM600 Bangladesh (pelarian Rohingya), Afghanistan, Sudan Selatan,

Pakistan & Chechnya

D RM800 Filipina, India, Lesotho, Yaman, Tunisia & Malaysia
E RM1,200 Kosova, Albania, Bosnia & Herzegovina, Macedonia,

Indonesia, Jordan, Syria & Lubnan

F RM1,700 Syria, Iraq & Paletin (Gaza)

Penerima manfaat terdiri daripada golongan ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit kronik dan pelarian.

Melalui penyertaan korban sebanyak 159,293 bahagian pada tahun 2018, IR telah mengagihkan 537,797 pek daging korban kepada 3,091,991 penerima manfaat di 35 buah negara dari kawasan Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG