Menyedari akan kepentingan keterlibatan mahasiswa di dalam bidang kemanusiaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi memenuhi hasrat tersebut.

Dalam satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman, UiTM dan IRM mencapai kata sepakat apabila kedua-dua pihak bersetuju memperkasakan aktiviti kemanusiaan di kalangan pelajar serta kakitangan UiTM.

Memorandum Perjanjian Persefahaman itu ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dr Ir Mohd Azraai Kassim manakala IRM diwakili oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Prof. Dr. Azni Idris.

Prof. Dr. Azni Idris menekankan bahawa IRM akan sentiasa menjadi jambatan penghubung antara penyumbang, sukarelawan, rakan kerjasama dan pelbagai pihak lagi dengan penerima manfaat.

“IRM menyediakan pelbagai platform antaranya bidang kesukarelawanan yang lebih sinonim dalam kalangan mahasiswa untuk dijadikan kerjaya pada masa hadapan.

“Mereka akan didedahkan dengan pelbagai kisah realiti kehidupan masyarakat dan pengalaman berharga agar mereka dapat mendalami dan memahami makna kemanusiaan yang sebenar,” katanya ketika berucap.

Prof Mohd Azraai berkata “UiTM percaya bahawa nilai-nilai kemanusiaan adalah merupakan satu sifat yang amat penting untuk ditanam dalam diri seseorang mahasiswa yang holistik. Nilai seperti ini akan membantu untuk melahirkan seorang insan yang bukan sahaja merupakan seorang ahli intelek tetapi juga mempunyai jiwa nurani yang tinggi, oleh yang demikian UiTM amat menggalakkan penglibatan semua pelajar dalam aktiviti bersifat kemanusiaan ini.Tenaga kerja serta ahli kepada sebuah masyarakat yang bertamadun perlulah seimbang dari segi minda dan jiwa mereka.

Menerusi kerjasama ini, diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam melahirkan graduan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik bahkan juga sahsiah, sekaligus mewujudkan dunia yang prihatin selari dengan visi IRM.

Bagi pihak UiTM, menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan peranan universiti untuk Komuniti, kolaborasi di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Islamic Relief Malaysia (IRM) akan meningkatkan lagi peranan UiTM bukan sahaja dari segi pendidikan dan kajian, malah ruang kerjasama dalam aktiviti kemanusiaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Naib Canselor dan UiTM melihat kerjasama ini sebagai satu wadah untuk UiTM membuka lebih ruang dan peluang untuk melahirkan warga akademik dan bukan akademik mahupun mahasiswa mahasiswi yang mempunyai keseimbangan dari segi intelek dan kepekaan terhadap diri dan persekitaran. Ini amat dititikberatkan memandangkan suasana era IR 4.0 yang akan di pacu oleh teknologi canggih yang dijangka akan mengurangkan interaksi manusia dengan manusia.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG