PAKISTAN, 11 Oktober 2021 – Sekurang-kurangnya 42 orang terkorban manakala 229 lagi cedera dalam insiden gempa bumi dengan kekuatan 5.9 skala Richter, pada kedalaman 15 kilometer yang melanda kawasan Harnai di wilayah Balochistan pada 7 Oktober lalu.

Insiden ini telah menjejaskan 35,363 penduduk setempat. 409 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan dan ada yang musnah sepenuhnya.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Balochistan (PDMA), kemudahan awam seperti sekolah dan hospital turut terjejas teruk sementara pasukan penyelamat pula, kini sedang giat menjalankan kerja-kerja membantu dan menyelamat.

Islamic Relief Pakistan kini bekerjasama dengan PDMA dan pihak pengurusan tempatan yang lain bagi membantu penduduk setempat antaranya menghantar mereka ke hospital dan mengedarkan air minuman bagi individu terjejas yang berada di hospital.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG