Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia menyambut baik pengumuman genjatan senjata di Gaza sebagai satu langkah ke arah menghentikan konflik yang telah mengakibatkan penderitaan berpanjangan kepada penduduk Palestin.
Konflik ini telah meragut banyak nyawa, menghancurkan infrastruktur, dan menyebabkan kehilangan tempat tinggal yang besar.
Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan global, kami menegaskan bahawa keamanan yang berkekalan adalah kunci untuk membolehkan usaha bantuan dapat disalurkan secara efektif dan berterusan kepada mereka yang memerlukan.
Islamic Relief Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk mematuhi perjanjian ini dan menghormati hak asasi setiap individu tanpa diskriminasi.
Kami juga ingin menyeru masyarakat antarabangsa agar terus memberi tekanan untuk mengekalkan keamanan sejagat dan mengambil tindakan bersepadu bagi menyokong usaha pemulihan jangka panjang di Gaza.
Islamic Relief Malaysia terus komited menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, termasuk sokongan makanan, perubatan, air bersih, dan psikososial. Kami percaya bahawa dengan solidariti dan usaha kolektif, kita dapat membantu membina semula kehidupan mereka yang terjejas dan memberi harapan kepada mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Bersama-sama kita menyokong usaha ini melalui doa, sumbangan, dan kesedaran. Semoga keamanan yang dicapai ini menjadi langkah awal ke arah penyelesaian yang menyeluruh dan adil bagi rakyat Palestin.
Orang ramai berpeluang untuk membantu penduduk Gaza dengan menyumbang terus ke kempen Rayuan Palestin di laman web; www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.