PAKISTAN, 24 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, manakala 200 lagi cedera berikutan gempa bumi 6.5 magnitud dengan kedalaman 120 kilometer yang melanda sebahagian besar kawasan di Pakistan dan Afghanistan.

Kejadian itu telah merosakkan bangunan serta menyebabkan jalan raya utama disekat kerana tanah runtuh.

Gegaran turut dirasai di kawasan India, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Afghanistan dan Turkmenistan.

Talian telekomunikasi di kedua-dua buah negara juga terjejas.

Penduduk di satu blok kediaman bertingkat di Pakistan telah dipindahkan, kerana terdapat retakan besar di bangunan itu.

Angka kematian dijangka meningkat kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Kakitangan Islamic Relief di Pakistan dan Afghanistan dilaporkan selamat.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG