Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini mengesahkan menerima laporan dari pejabat Islamic Relief Indonesia (IR Indonesia) berhubung insiden gempa bumi yang melanda Pulau Lombok pada 6.47 pagi, 29 Julai 2018.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Ritcher itu mengorbankan 16 nyawa termasuk seorang warganegara Malaysia.

Ia dilaporkan berlaku kira-kira 50 kilometer ke arah timur laut bandar Mataram yang mempunyai populasi penduduk seramai 319,000 orang.

60 gempa susulan turut berlaku dengan jumlah terbesar yang direkodkan ialah pada magnitud

5.7 dan mengakibatkan 160 orang cedera manakala ribuan rumah mengalami kerosakan.

Ketika ini, IR Indonesia sedang berhubung dengan Ketua Agensi Respon Kecemasan dan Pengurusan Bencana Provinsi (ARKPBP), Tuan Agung dan Tuan Taqi daripada Konsepsi melalui telefon pintar bagi memperoleh keadaan semasa dan maklumat daripada pemerintah Indonesia.

Dua pasukan kini berada di lapangan diketuai oleh kakitangan IR Indonesia, Wahyu dan kini menuju ke gunung Rinjani untuk membuat penilaian bersama-sama dengan rakan kemanusiaan IR Indonesia, Konsepsi.

Satu lagi pasukan yang dipimpin oleh Masnawati akan bersiap sedia di Hospital Lombok untuk melihat keadaan semasa warganegara Malaysia yang dirawat.

Pusat komunikasi Islamic Relief (IR) telah diaktifkan dan semua kakitangan berada dalam kedudukan siap siaga dan bersedia memberi sokongan dan bantuan.

(Sumber: Islamic Relief Worldwide)

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG