Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan Kempen #SalamRamadan 1439H di pusat beli belah MyTown, Cheras hari ini sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kempen Ramadan yang dijalankan disamping untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu kemanusiaan global yang acapkali berlaku.

“Melalui kempen ini, IRM menyasar kutipan dana sebanyak RM10 juta untuk pelbagai sektor bantuan seperti Kesihatan, Makanan, Pendidikan, Air, Sanitasi & Kebersihan, Perlindungan, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta Anak Yatim,” ujar Zairulshahfuddin

Dalam majlis pelancaran itu, satu persembahan flash mob oleh kakitangan serta sukarelawan IRM berjaya memikat perhatian orang awam yang mengunjungi pusat beli belah tersebut melalui sketsa kemanusiaan yang ditonjolkan.

“Apa yang cuba disampaikan oleh IRM melalui persembahan tarian kilas (flash mob) yang diadakan adalah mengenai kepentingan bersedekah dan impaknya.

“Situasi yang dipaparkan pula merangkumi pelbagai sektor seperti bencana gempa bumi, kemarau dan kebuluran serta pendidikan,” tambah Zairulshahfuddin.

Kempen #SalamRamadan IRM tahun ini memberi impak kepada 63,000 penerima manfaat di Malaysia dan 3.4 juta penerima manfaat di luar negara melalui pelbagai projek; Pek Makanan Ramadan, mySedekah, Projek Tempatan, Projek Antarabangsa, Kecemasan, Wakaf, Al-Yateem dan lain-lain.

Majlis pelancaran hari ini turut mendapat sokongan pihak MyTown dan Santai Penyet.

Pek Makanan Ramadan

Agihan pek makanan Ramadan merupakan program bermusim Islamic Relief bagi memberi bantuan makanan asas kepada penerima manfaat di seluruh dunia untuk bekalan sepanjang bulan Ramadan. Selain Malaysia, pelbagai negara lain turut melaksanakan aktiviti yang sama seperti Bangladesh, Bosnia & Herzegovina, Chad, Ethiopia, India, Iraq, Jordan, Kenya, Kosovo, Lebanon, Syria, Palestine (Gaza), Palestin (Tebing Barat), Yaman dan lain-lain. Melalui program bantuan ini, setiap keluarga penerima manfaat akan dibekalkan dengan pek makanan asas mengikut keperluan negara masing-masing.

Bagi Malaysia, pek makanan mengandungi makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam dan lain-lain. Penerima manfaat yang terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan golongan yang layak mengikut penilaian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM. Bagi tahun 2018, IRM menyasarkan agihan 6,000 pek makanan Ramadan di seluruh Malaysia dan 3,540 pek makanan di lebih 30 negara.

 

Tahun

Agihan Tempatan

Agihan Antarabangsa

Jumlah Pek Makanan

Jumlah Penerima Manfaat Jumlah Pek Makanan (Melalui IRM)

Jumlah Pek Makanan (Melalui Seluruh IR)

2014 10,100 50,500 4,350 214,155
2015 8,040 40,200 5,270 188,834
2016 6,043 23,115 5,270 188,834
2017 5,631 27,371 2,905 240,669
2018 6,000 30,000 3,540 299,163

Jumlah bantuan pek makanan IRM (2014-2018)

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG