Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Sejak berkurun lamanya isu kemanusiaan tidak pernah surut apatah lagi terhenti malah, semakin hari ia semakin memburuk. Konflik peperangan mahupun bencana alam yang berlaku, menjadikan kehidupan masyarakat yang terjejas semakin sengsara. Selaras dengan peranan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, Islamic Relief Malaysia tampil melancarkan kempen terbaharu 2020 iaitu Dariku Untukmu…Kemanusiaan Tanpa Sempadan bermula 14 Februari 2020 dan akan berakhir pada 31 Disember 2020.
Kempen Dariku Untukmu…Kemanusiaan Tanpa Sempadan menyasarkan kutipan dana sebanyak RM15 juta dan bakal merubah kehidupan lebih 100,000 penerima manfaat di lebih 30 buah negara menerusi bantuan kemanusiaan dan bantuan program bermusim.
Untuk bantuan kemanusiaan, Islamic Relief Malaysia memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu kecemasan, air, sanitasi & kebersihan serta kehidupan mampan melalui kempen Dariku Untukmu…Selamatkan Mereka!, Dariku Untukmu…Setitis Harapan dan Dariku Untukmu…Langkah Berani.
Manakala, bantuan program bermusim yang dilaksanakan setiap tahun pula meliputi agihan pek makanan Ramadan, agihan daging korban dan bantuan musim sejuk menerusi kempen Ramadan Bersama-sama, Qurbani Untukmu dan Rayuan Musim Sejuk.
Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, Dariku Untukmu…Kemanusiaan Tanpa Sempadan adalah satu usaha dalam menghubungkan penderma dengan penerima manfaat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan warna kulit.
“Kita ingin tunjukkan bahawa ramai masyarakat prihatin di luar sana yang amat memahami dan merasai penderitaan saudara-saudara kita yang sedang diuji. Maka, Dariku Untukmu ini merupakan satu penzahiran tanda semangat kemanusiaan dari masyarakat prihatin kepada mereka yang memerlukan.
“Ia juga adalah salah satu usaha berterusan Islamic Relief dalam menyampaikan suara-suara golongan terkesan ini agar masyarakat sentiasa cakna dengan isu-isu kemanusiaan yang sedang berlaku,” katanya.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia di www.islamic-relief.org.my, Facebook atau Instagram Islamic Relief Malaysia.
Dariku Untukmu…Kemanusiaan Tanpa Sempadan
No
Sektor Bantuan
1
Kecemasan
Air, Sanitasi & Kebersihan
3
Kehidupan Mampan
4
Pek Makanan Ramadan
Agihan Daging Korban
6
Bantuan Musim Sejuk
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.