FILIPINA, 16 Jul 2024 – Hujan lebat yang berterusan sejak 11 Julai telah memberi kesan buruk kepada kawasan barat Luzon dan Mindanao di Filipina, sekali gus menyebabkan banjir besar serta tanah runtuh.

Sehingga 15 Julai, Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) melaporkan dua kematian, seorang masih hilang, dua lagi cedera dan seramai 17,832 penduduk terpaksa berpindah ke 55 pusat pemindahan.

Kira-kira 54,289 penduduk telah terjejas di beberapa wilayah termasuk Semenanjung Zamboanga, Mindanao Utara, Davao, Soccsksargen dan Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao (BARMM).

Banjir turut menyebabkan kerosakan ketara pada kediaman, sekolah, jambatan dan jalan raya.

BARMM Rapid Emergency Action in Disaster Incidence (BARMM-READI) pula melaporkan angka korban yang lebih tinggi serta kesan yang lebih meluas, melibatkan 107,217 keluarga di 356 buah kampung.

Islamic Relief Philippines telah menjalankan penilaian segera bagi mengenal pasti keperluan utama yang perlu disediakan, termasuk bekalan makanan, air minuman bersih, kemudahan kesihatan dan sanitasi serta kit tempat perlindungan.

Pasukan Islamic Relief yang berpangkalan di Cotabato City kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan organisasi kemanusiaan lain untuk menyalurkan bantuan penting seperti pek makanan, bekalan air, kit kebersihan dan bahan untuk tempat perlindungan.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG