Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Selepas kehilangan suami, yang merupakan satu-satunya sumber pendapatan keluarga, Nimco berdepan masa depan yang tidak menentu apatah lagi dengan tujuh orang anak untuk ditanggung. Melalui program penajaan anak yatim dan pemerkasaan ekonomi wanita Islamic Relief di Ethiopia, beliau berjaya membina perniagaan kecil, menyokong pendidikan anak-anak dan mengambil langkah penting ke arah masa depan yang lebih terjamin.
Nimco ialah seorang ibu kepada tujuh orang anak yang menetap di Ethiopia. Ketidakupayaan fizikal yang dialaminya menyukarkan beliau melakukan kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal.
Nimco hanya berharap kepada suaminya yang memperoleh sedikit pendapatan sebagai seorang guru agama. Pendapatan kecil itulah yang membantu menampung keperluan makanan keluarga serta membiayai persekolahan dua orang anak mereka di sekolah rendah.
Setelah suaminya meninggal dunia, Nimco mula bimbang tentang cara untuk menyediakan makanan kepada anak-anaknya dan memastikan mereka dapat meneruskan persekolahan.
Seorang pemimpin masyarakat setempat kemudian merujuk keluarga ini kepada Islamic Relief. Selepas penilaian dijalankan, dua orang anaknya, Ahmed dan Amira, diterima menyertai program penajaan anak yatim Islamic Relief.
Nimco masih mengingati saat beliau menerima bantuan pertama:
“Buat pertama kali selepas sekian lama, saya dapat membeli makanan yang mencukupi untuk keluarga dan sandal murah untuk semua anak saya. Kami duduk bersama dan makan sehingga semua orang kenyang.”
Nimco menggunakan bantuan yang diterima untuk memenuhi keperluan asas keluarganya. Namun, beliau juga berhasrat membina masa depan yang lebih terjamin.
Dengan menggunakan sebahagian daripada bantuan yang diterima, beliau membeli pakaian buatan tempatan untuk dijual kepada masyarakat setempat. Keuntungan yang diperoleh dilaburkan semula ke dalam perniagaannya, sekali gus membantu mengembangkan perniagaan kecil tersebut dan membolehkannya mula menabung.
Lama-kelamaan, hasil tabungannya, bersama hadiah tahunan yang diterima melalui program penajaan Ahmed, membantu keluarga itu memulakan pembinaan sebuah rumah baharu yang mempunyai empat buah bilik.
Kediaman baharu Nimco memberikan keluarganya harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Anak-anaknya juga mendapat akses yang lebih baik kepada makanan, keadaan tempat tinggal yang lebih selesa dan pendidikan.
Nimco turut menyertai dua projek pemerkasaan ekonomi wanita yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Ethiopia.
Beliau mempelajari kemahiran praktikal berkaitan pengurusan simpanan, pengurusan kewangan dan pembangunan perniagaan kecil. Latihan tersebut membantunya meningkatkan pendapatan serta membina keyakinan untuk merancang masa depan keluarganya.
Hari ini, beberapa orang anak Nimco sedang melanjutkan pengajian di universiti, manakala anak-anaknya yang lain masih meneruskan persekolahan.
Nimco terus mengembangkan perniagaannya dan menyiapkan sebuah hartanah untuk disewakan, yang diharapkannya dapat menjadi sumber pendapatan lebih stabil untuk keluarga.
Walaupun tempoh penajaan Amira telah berakhir, Nimco tetap bertekad untuk terus melangkah ke hadapan.
“Program penajaan ini bukan sekadar membantu menyediakan makanan untuk anak-anak saya,” katanya. “Program ini memberikan saya harapan, keyakinan dan peluang untuk mengubah masa depan kami.”
Sokongan anda dapat membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan mendapatkan akses kepada pendidikan, makanan serta peluang untuk membina sumber pendapatan yang mampan.
Sumbang hari ini dan bantu keluarga seperti Nimco melangkah ke arah kehidupan yang lebih terjamin dan berdikari.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.