Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Sebagai reaksi terhadap berita mengenai gencatan senjata di Lubnan, Islamic Relief berkata:
“Islamic Relief bersolidariti bersama rakyat awam yang tidak bersalah di Lubnan dan mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata ini. Ia perlu menjadi titik permulaan untuk membolehkan mereka yang terjejas akibat keganasan mula pulih, akhirnya mendapat sedikit kelegaan, serta memudahkan komuniti yang kehilangan tempat tinggal kembali ke rumah dan premis perniagaan mereka.
“Orang awam dan infrastruktur awam di Lubnan tidak sepatutnya menjadi mangsa kemusnahan yang berlaku sepanjang konflik ini. Selepas gencatan senjata diumumkan, semua pihak yang terlibat dalam pertempuran perlu memastikan keamanan ini berkekalan. Keganasan, penderitaan dan kemusnahan yang telah melanda negara ini mesti dihentikan.
“Walaupun terdapat sedikit harapan di Lubnan selepas berita mengenai gencatan senjata diumumkan, masih timbul keraguan sama ada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik benar-benar mampu atau bersedia untuk mematuhinya. Pengeboman Israel meningkat selepas gencatan senjata diumumkan malam tadi, namun sejak itu serangan di Lebanon telah terhenti.
“Antara 12 hingga 20 pusat perlindungan di Mount Lebanon telah pun ditutup apabila penduduk mula kembali ke rumah masing-masing. Namun, gencatan senjata ini baru sahaja berkuat kuasa beberapa jam dan ketidakpastian masih kekal.
“Islamic Relief kekal komited untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan di Lubnan dan terus bekerjasama dengan komuniti yang terjejas akibat keganasan yang dahsyat ini.
“Kami juga terus mendesak agar gencatan senjata dilaksanakan di Gaza. Rakyat Palestin di Gaza masih berdepan keganasan setiap hari dalam keadaan yang amat menyedihkan dan mereka tidak boleh dilupakan di sebalik perkembangan positif yang berlaku di Lubnan.”
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.